Volvo rancang trak autonomi tangani masalah kekurangan pemandu trak di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Anak syarikat subsidiari Volvo AB, UD Trucks merancang untuk memperkenalkan trak elektrik dan autonomi menjelang dua tahun akan datang bagi menangani masalah kekurangan tenaga buruh.


MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


"Terlalu banyak sebab kenapa pemanduan autonomi ini penting di Jepun, tetapi saya menegaskan bahawa masalah ini terlalu kritikal di sini (berbanding negara lain) disebabkan masalah penuaan masyarakat," naib presiden UD Trucks, Douglas Nakano menjelaskan.

"Pemanduan autonomi bukan sahaja bertujuan untuk membuang (peranan) pemandu sepenuhnya, tetapi  ia juga digunakan untuk menjadikan pemanduan lebih mudah dan selamat," tambah beliau.  

 


Syarikat dari Jepun itu bakal memperkenalkan prototaip trak elektrik dan autonomi pada tahun ini dengan mensasarkan tempoh percubaan sebelum Tokyo Motor Show pada tahun 2019.

Mereka juga mensasarkan tahun 2020 bagi memiliki kenderaan autonomi untuk operasi harian dan pengkomersilan sepenuhnya trak elektrik dan autonomi menjelang 2030.

 

Bagi menangani masalah kekurangan tenaga pekerja yang ketara dan kos logistik, Jepun kini sedang mengadakan ujian platun trak - sebuah unit kecil terdiri daripada beberapa buah trak yang dilengkapi sistem operasi dan perhubungan pintar yang mampu berkomunikasi antara satu sama lain - melibatkan syarikat UD Trucks, Mitsubishi Fuso Trucks & Bus Corp., Isuzu Motors Ltd. dan Hino Motors Ltd.

Ujian ini merupakan susulan kepada laporan dari Boston Consulting Group yang menganggarkan Jepun dijangka mengalami kekurangan pemandu trak sebanyak 240,000 orang menjelang 2027.
 

Sumber: Bloomberg

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dua unit terawal itu telah diserahkan kepada syarikat logistik Swift Haulage Berhad. Pengenalan…
Berita Global
Mengikut spesifikasi, Volvo FL Electric membawakan motor elektrik tunggal berkuasa 241 hp (180 kW…
Berita Global
Aplikasi yang direka khusus untuk trak elektrik tersebut dikatakan mampu menyalurkan informasi yang…