Volvo kini menjadikan Tesla sebagai tanda aras baharu

oleh Mohamad Hanif|
Sejak diambil alih pegangannya oleh Geely, Volvo kini dilihat semakin mara menguasai pasaran, meninggalkan imej lama Volvo yang konservatif itu.

Kini, Volvo dilaporkan menaik taraf semula tanda aras mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Robin Page, Naib Presiden Rekaan Volvo berkata, "lima tahun yang lalu, kami menjadikan jenama Mercedes-Benz, BMW dan Audi sebagai tanda aras bagi kenderaan kami, dan misi kami ialah untuk kalahkan mereka."
 

"Namun kini, kebanyakan laporan menyebut bahawa (Volvo) kini menjadi tanda aras, dan mengalahkan jenama tersebut dari pelbagai aspek," tambah beliau ketika majlis pelancaran SUV kompak pertama Volvo di Australia, XC40. 


Walaupun berpuas hati dengan beberapa laporan media berkenaan prestasi yang ditunjukkan oleh Volvo masa kini, menurut Page, Volvo tidak akan berdiam diri dan terus duduk di takuk yang sama semata-mata. 
 

Menurut Page lagi, cabaran seterusnya adalah untuk menjadikan Tesla sebagai tanda aras baharu dan seterusnya mengatasi pencapaian Tesla di dalam sektor kenderaan elektrik. 


Sejajar dengan pengesahan Volvo bahawa mereka tidak akan membina enjin diesel bagi penawaran model mereka, Volvo kini merancang untuk memperkenalkan model baharu menjelang 2019 dengan beberapa pilihan pacuan elektrik seperti mild-hybrid, plug-in hybrid atau elektrik sepenuhnya. 


Perancangan ini dilihat selari dengan visi yang dibicarakan oleh CEO Volvo, Hakan Samuelsson bahawa separuh daripada kenderaan keluaran Volvo yang dijual secara global akan dipacu menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya menjelang 2025 dengan mensasarkan pasaran China sebagai target utama jualan. 

Sumber: Motoring AU

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…
Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…