Namun jangka hayat wagon tersebut tidak kekal lama apabila Volvo dilaporkan akan menghentikan penjualan wagon standard V90 di pasaran tersebut, menurut Motor Trend.
Sementara versi Cross Country pula akan terus dijual memandangkan ia lebih laku terjual berbanding versi standard.
Sebelum anda bising tapi tak berniat pun nak beli, ingin kami ingatkan bahawa strategi yang digunakan untuk pemasaran Volvo V90 jauh berbeza jika dibandingkan dengan versi Cross Country.
Ini kerana sejak dari awal, wagon V90 versi standard itu hanya ditawarkan menerusi tempahan khas sahaja, dan kebanyakan pengedar tidak mengambil stok V90 yang banyak jika dibandingkan dengan V90 Cross Country.
Bermakna, pelanggan hanya perlu meletakkan tempahan dan bersabar menanti kemunculan wagon yang berharga bermula dari $51,800 tersebut di hadapan mata mereka.
Jika anda masih lagi mencintai kenderaan bergenre wagon standard, berita baik di mana Volvo kini masih lagi mengekalkan penjualan wagon yang lebih kecil V60 (harga dari $40,950) di pasaran Amerika Syarikat.