Volvo FL Electric - Trak Elektrik Sepenuhnya Keluaran Volvo

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Trucks telah memperkenalkan trak pertama elektrik sepenuhnya bagi kegunaan komersil - Volvo FL Electric bagi kegunaan dalam bandar seperti penghantaran barang dan perlupusan sampah. Pengeluaran dan penjualan model ini akan bermula pada tahun hadapan.

Menurut Claes Nilsson, Presiden Volvo Trucks berkata, "kami dengan bangganya memperkenalkan trak pertama yang dikuasakan sepenuhnya oleh elektrik untuk kegunaan jalan raya."

"Dengan pengenalan Volvo FL Elektrik ini, kami dapat menjadikan bandar-bandar dengan sasaran pembangunan yang mampan untuk mendapat manfaat daripada kelebihan penggunaan trak elektrik," tambah beliau.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memandangkan ia tidak mempunyai sebarang perlepasan asap, Volvo FL Elektrik ini boleh digunakan di dalam bangunan serta alam sekitar yang terkawal. Pada waktu malam, ia mampu beroperasi dengan kurang bunyi yang terhasil, sekaligus mengurangkan beban kepada permukaan jalan ketika waktu siang. 



 

"Kami di Volvo menawarkan beberapa pakej pembelian kepada pelanggan berdasarkan kehendak dan keperluan mereka di dalam perniagaaan berkenaan kitaran pemanduan, kapasiti tenaga, masa bekerja, jarak dan sebagainya. Ini bertujuan mengoptimumkan kadar produktiviti bisnes mereka," jelas Jonas Odermalm, ketua strategi bagi produk Volvo FL dan FE. 
 

Antara tulang belakang projek ini ialah anak syarikat kumpulan Volvo, Volvo Buses yang telah lama berkecimpung dalam bidang elektrifikasi bas. Mereka telah menjual lebih daripada 4,000 unit bas elektrik sejak 2010. Penggunaan teknologi di dalam Volvo FL Elektrik ini telah pun diuji dan disokong oleh rangkaian jualan, servis dan alat ganti Volvo Trucks yang meluas. 
 

Pihak Volvo Trucks percaya pendekatan yang lebih meluas adalah perlu bagi mengatasi masalah yang mendatang seperti penjanaan elektrik dan penggunaan bateri. Bagi memastikan tiada kecuaian berlaku ketika di awal proses pembuatan bateri sehinggalah ke pelupusan bahan terpakai, pihak Volvo bekerja keras dari luar dan dalam supaya produk mereka benar-benar mesra alam. 
 

Ketika mengulas berkenaan trak terbaru FL Elektrik, Mats Nilsson, Pengarah Urusan Volvo Malaysia Sdn Bhd berkata, "Salah satu nilai teras yang ada pada Volvo ialah penjagaan terhadap alam sekitar. Kami mahu membina trak yang bukan sahaja selamat dan berkualiti tinggi, malah trak kami juga mampu memastikan alam sekitar yang lebih selamat bagi generasi akan datang."
 

"Kami percaya ciptaan inovasi tidak semahal harga persekitaran yang bersih, dan Volvo FL Elektrik merupakan satu contoh terbaik hasil gabungan inovasi dan semangat cintakan alam sekitar," tambah beliau. 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dua unit terawal itu telah diserahkan kepada syarikat logistik Swift Haulage Berhad. Pengenalan…
Berita Global
Mengikut spesifikasi, Volvo FL Electric membawakan motor elektrik tunggal berkuasa 241 hp (180 kW…
Berita Global
Aplikasi yang direka khusus untuk trak elektrik tersebut dikatakan mampu menyalurkan informasi yang…