Volvo dan Aurizn anjur cabaran rekabentuk dalaman

oleh DIANA ISMADI|
Volvo Car Malaysia kini telah mengumumkan kerjasamanya dengan Aurizn yang merupakan sebuah syarikat penerbitan mewah untuk menjadi penganjur bagi Volvo Aurizn Design Challenge yang bakal menyaksikan firma-firma reka bentuk dalaman menyerahkan hasil rekaan kreatif masing-masing.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Konsep cabaran ini datang dari visi bersama antara dua syarikat apabila kedua-duanya menuju ke arah reka bentuk manusia ataupun ‘Human-Centric Design’.

 

"Di Volvo Cars, kami sudah lama didukung oleh reka bentuk Scandinavia yang bertujuan untuk menjadikan kehidupan lebih mudah dan lebih menyeronokkan disamping melindungi perkara yang paling penting bagi kita semua, sama ada keluarga atau alam sekitar," kata Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Lennart Stegland.

 

Volvo Aurizn Design Challenge telah mengenal pasti ‘The Estate’ yang merupakan kediaman mewah yang terletak di Bangsar South, untuk menjadi lokasi berlansungnya pusingan akhir Volvo Aurizn Design Challenge.

 

Finalis akan berpeluang memenangi perjalanan ke Pusat Rekabentuk Volvo di Gothenburg, Sweden, dan bertemu dengan pereka terkemuka dari Volvo Cars. Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk menyertai Volvo Aurizn Design Challenge, sila layari; http://www.aurizn.com/volvo-aurizn-design-challenge

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding model C40 yang terdahulu, C40 2024 berupaya untuk bergerak sejauh sehingga 550 km,…
Berita Domestik
Kemaskini baharu tersebut bakal disertakan untuk model yang dihasilkan bermula pada bulan September…
Berita Domestik
Sedekad selepas kita memperoleh kemerdekaan, Malaysia ketika itu dalam rangka mengukuhkan debut…