Dengan sasaran untuk mencapai status bandar neutral iklim menjelang 2030, Volvo Cars telah bekerjasama dengan Bandar Gothenburg, Sweden untuk menyediakan sebuah zon urban baharu yang bakal digunakan sebagai medan ujian teknologi lestari masa hadapan.
Inisiatif tersebut dinamakan sebagai Zon Bandar Hijau Gothenburg, bertujuan untuk membangunkan sebuah kawasan di dalam bandar pelabuhan terbesar Scandinavia yang bebas sepenuhnya daripada pelepasan emisi, mod pengangkutan neutral iklim dan infrastuktur yang terhubung.
Dengan menggunakan bandar sebenar, ia membolehkan Volvo mempercepatkan pembangunan teknologi dan perkhidmatan di dalam bidang elektrifikasi, perkongsian mobiliti, pemanduan autonomi, sambungan serta keselamatan.
Selain daripada itu, zon hijau tersebut akan turut menampilkan operasi teksi robot (robotaxi) yang dikelolakan oleh pembekal solusi mobiliti M.
Inisiatif zon bandar hijau ini akan bermula pada tahun ini.