"Jenama kami memberikan penekanan utama terhadap orang ramai, keselamatan dan alam sekitar. Kami komited untuk memastikan para pelanggan kami terpelihara sepanjang perjalanan pemilikan mereka," kata Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.
Untuk menampung permintaan yang semakin meningkat di Johor, Pusat 3S ini mempunyai ruang pameran yang berinspirasi Scandinavia yang menempatkan model Volvo terkini dan pusat servis yang lengkap serta lima petak servis.
"Kami bangga mewakili jenama Volvo Cars di Johor Bahru dan memenuhi permintaan pelanggan yang semakin bertambah untuk produk dan perkhidmatan yang menarik," kata Yo Kok Kong, Pengarah Urusan Pekin Auto.
Jumlah jualan Volvo Car Malaysia telah bertambah setiap tahun hasil dari pelan transformasi VCM. Pada separuh tahun pertama 2019, Volvo Car Malaysia telah merekodkan lebih daripada 60 peratus pertumbuhan.
Bilik pameran VCM di Pekin Auto ini dibuka dari jam 8:30 pagi hingga 6:00 petang, setiap Isnin hingga Sabtu. Pada hari Ahad pula, ia beroperasi dari 9:00 pagi hingga 6:00 petang.
Pusat perkhidmatan Pekin Auto pula dibuka dari 8:30 malam hingga 6:00 petang, setiap Isnin hingga Jumaat. Pada hari Sabtu pula ia beroperasi dari 8:30 pagi hingga 1:00 petang sahaja.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pekin Auto, sila e-mel Christopher Tan di [email protected] atau hubungi talian +6012 799 2050.