Volvo 440, pencetus era moden Volvo

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volvo mempunyai sejarah yang panjang, ada naik dan turun. Suatu yang berjaya memahat minda pengguna tentang jenama ini ialah keselamatan.


Walaupun jenama premium turut mempunyai prestasi yang baik dalam aspek keselamatan dan pelanggaran, Volvo tetap berada di kedudukan tersendiri.

Sekarang ini barisan model kenderaan Volvo dimulakan dengan huruf seperti V, S dan XC bagi membezakan kategori kenderaan. V merujuk kepada wagon, S ialah sedan manakala XC pula identiti kepada SUV.

Sebelum generasi kenderaan sekarang, barisan model Volvo dikenali dengan angka seperti 740, 780, 850 dan 940. Permulaan angka tersebut adalah identiti kepada saiz model sama ada besar atau kecil.

Menyentuh mengenai saiz, model paling kecil Volvo dalam pasaran sekarang ialah V40 dan lewat era 80 an, ‘abang’ kepada siri tersebut ialah model 440.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volvo 440 Turbo

 

Model 440 ini begitu rare sehingga saya pun ingat-ingat lupa sama ada ia dipasarkan di dalam negara atau tidak.

Rasanya seperti ada tetapi carian Volvo 440 di laman web jual kenderaan tidak dijumpai.

Apa pun, 440 ini dipasarkan semasa Volvo dalam era reka bentuk kontemporari. Model ini mula diperkenalkan pada bulan Jun 1988 dan ia banyak berkongsi teknologi dengan model 480 sports coupé.

Suatu yang menarik ialah interior 440 direka oleh Peter Horbury yang merupakan pereka Volvo terkenal dan sekarang ini berkhidmat dalam kumpulan Geely.

Model ini juga turut ditawarkan dengan transmisi CVT dan ia sesuatu yang asing pada waktu tersebut.

Volvo 440 kini sudah menjangkaui usia 30 tahun sejak pertama kali diperkenalkan dan famili kenderaan Volvo zaman sekarang banyak mengambil semula apa yang dipraktikkan pada era 80an hingga 90 an ini.

 

Volvo 440 GLT

 

Sama seperti S90, V90, S60, V60 sekarang yang mempunyai unsur rekaan serupa, Volvo pada era 80 an hingga 90 an juga mengitar semula reka bentuk dan ini boleh dilihat pada model 440 yang ibarat model 850 dan 940.

Rasa geram pun ada apabila 440 ini seperti jelmaan 850 dan 940 versi kecil.

Buat peminat Volvo dan mereka yang tertarik dengan model 440, berikut ialah beberapa fakta tentang model ini:

  • Usaha pertama dalam projek 440 bermula pada tahun 1978. Ia adalah permulaan kepada projek kereta masa hadapan Volvo
  • Projek ini dikenali sebagai Galaksi sebab ia berunsurkan bebas dan sasaran untuk menggapai bintang. Menarik.
  • Pada bulan September 1980, prototaip pertama kenderaan pacuan depan Volvo atau dinamakan sebagai G4 disiapkan
  • Projek Galaksi ini kemudian menghasilkan dua siri model iaitu 850 yang diperkenalkan pada tahun 1990. Model ini yang banyak memberikan impak kepada Volvo walaupun model 440 diperkenalkan terlebih dahulu
  • Tiga enjin ditawarkan iaitu 1.6, 2.0 dan 1.7 turbo
  • Di antara ciri-ciri keselamatan pada model ini ialah ABS, tali pinggang keledar pra tegang, beg udara dan side impact protection system (SIPS)
  • Satu lagi varian iaitu 460 sedan diperkenalkan pada tahun 1989, saiznya 10 cm lebih panjang berbanding 440
  • 440 turut digunakan sebagai kereta Polis dan suatu yang sinonim dengan Volvo. Ia digunakan di beberapa negara di antaranya ialah Belanda
  • Siri 400 memang tidak ada varian wagon namun terdapat cadangan oleh dua syarikat berbeza. Salah satu model prototaip tersebut berada dalam koleksi muzium Volvo
  • Pereka 440 ialah Peter van Kuilenburg dengan bentuknya diasaskan oleh prototaip G4 yang direka oleh Jan Wilsgaard
  • 440 turut mempunyai versi rallycross yang dilengkapi enjin 2.3 liter, 16 injap dengan kuasa 715hp. Kereta ini bertanding pada tahun 1992 dan mempunyai pacuan empat roda
  • Setelah hampir lapan tahun dipasaran, produksi 440 dan 460 ditamatkan pada bulan November 1996
  • Lebih menarik apabila model pengganti iaitu S40 dan V40 dihasilkan secara serentak selama setahun sebelum 440 dan 460 ditamatkan buat selama-lamanya
  • Walaupun 440 dan 460 tidak sepopular S40 dan V40 namun model inilah yang merintis kepada Volvo era sekarang.
  • Ini juga kenapa Volvo era sekarang tampak elegan, ia membawa dua elemen iaitu klasik dan moden dalam model-model baharu.
    Idea tersebut nampaknya berhasil dan Volvo sekarang ini berada dalam zaman keemasan!

 

Volvo V40
Volvo V40 'zaman now'

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…