Volvo 360c Autonomous Concept - rekaan hotel bergerak masa hadapan daripada Volvo

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang gemar berjalan jauh, perjalanan itu sendiri sebenarnya suatu perkara yang memenatkan terutama ketika kita mengejar masa dan menghabiskan tenaga menumpukan perhatian di atas jalan jauh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada masa akan datang, kesusahan tersebut boleh kita lupakan menerusi kereta konsep yang diperkenalkan oleh Volvo, ia bertujuan untuk menyelesaikan masalah di atas dengan menjadikan perjalanan anda lebih selesa dan tidak memenatkan, bahkan anda boleh berehat dan tidur di dalam kereta ini ketika sedang menuju ke sesebuah destinasi.
 


Memperkenalkan Volvo 360c Autonomous Concept, kereta konsep yang menggabungkan elemen bilik hotel, ruang tamu, ruang kerja dan kereta di dalam satu binaan yang serba futuristik.

Menurut bos Volvo, Hakan Samuelsson, kereta konsep 360c ini bakal mendefinisikan semula bagaimana manusia mampu untuk bergerak dengan selesa dan selamat di samping tidak memenatkan tubuh badan.

 


Tambah beliau lagi, dengan ciri pemanduan pintar (oleh sebab itu tiada pilihan stereng ditawarkan) sedia ada, ia mampu membuka ruang baharu bagi para pengguna untuk menjalankan perniagaan mereka tersendiri dan membolehkan pengguna melakukan apa sahaja yang mereka mahukan di dalam sebuah kereta.

Volvo 360c sebenarnya disasarkan untuk para pelanggan yang kerap kali berjalan menggunakan penerbangan jarak dekat (lingkungan jarak 300 km) dan dalam masa yang sama mengelakkan pemeriksaan keselamatan yang ketat ketika di lapangan terbang yang kadang kala rumit dan leceh serta memakan masa yang agak lama. 
 


Menurut Marten Levenstam, eksekutif Volvo berkata, “penerbangan domestik tampak gah, tapi sebenarnya tidak. Oleh sebab itu kami mendatangkan konsep Volvo 360c ini buat anda.”

“Dengan rekaan kabin yang mesra pengguna, ia membolehkan pengguna menikmati keselesaan yang premium setanding dengan kualiti penerbangan, tidur dengan tenang dan bangun dalam keadaan yang menyegarkan. Tidak mustahil kami (Volvo) mampu bersaing dengan perkhidmatan penerbangan suatu hari nanti,” tambah beliau.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
Operasi yang bermula Februari itu telah meningkatkan pengeluaran kilang tersebut sebanyak 70…
Berita Global
Ia berikutan dua kenderaan pandu sendiri mereka telah melanggar trak tunda yang sama selang…