Volkswagen Tiguan Allspace 2022 facelift - varian Elegance, R-Line, harga dari RM174,475

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan SUV Tiguan Allspace facelift untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Didatangkan dalam dua varian iaitu Elegance dan R-Line 4MOTION, Tiguan Allspace menerima kemaskini seperti rekaan gril dan bampar yang diperbaharui, lampu utama yang lebih kemas, jalur LED, perkataan Tiguan serta logo baharu VW.
 

Elegance


Untuk ruang kabin, Tiguan Allspace mendapat ciri sistem infotainmen Discover Pro bersaiz 9.2 inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, arahan suara, sistem navigasi terbina, serta sistem infotainmen Harman Kardon 480-watt dengan 10 unit pembesar suara.

Roda stereng sports kini boleh dioperasikan melalui butang kawalan haptik, diikuti dengan tempat duduk berventilasi (ciri penyejukan dan pemanasan), serta butang-butang kawalan yang telah dinaiktaraf.
 

elegane


Aspek keselamatan dipertingkatkan dengan penambahan sistem Lane Assist secara standard untuk kedua-dua model Elegance dan R-Line 4MOTION, selain ciri seperti enam beg udara (tujuh untuk varian R-Line), ABS, bantuan brek, kawalan kestabilan elektronik, sistem kawalan brek berbilang pelanggaran, sistem maklum balas pelanggaran pintar (ICRS).

Varian R-Line 4MOTION mendapat ciri tambahan seperti bantuan menurun cerun.
 

R-Line


Tiguan ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa, di mana varian Elegance dikuasakan oleh nadi 1.4 liter TSI menghasilkan 150 PS dan 250 Nm, dipadankan dengan transmisi DSG enam kelajuan, sementara varian R-Line 4MOTION pula mendapat nadi 2.0 TSI (220 PS/350 Nm), sistem transmis DSG tujuh kelajuan, serta sistem pacuan semua roda 4MOTION.

Ditawarkan dalam unit pemasangan tempatan (CKD), harga jualan Tiguan facelift bermula dari RM174,475 untuk varian Elegance, sehingga RM219,443 untuk varian R-Line 4MOTION.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…