Bagi mereka yang mahu mencari Passat Elegance, mereka boleh menikmati insurans percuma selama setahun, rebat dalam talian sebanyak RM3,500 serta penjimatan tambahan sehingga RM6,500.
Sementara model Passat R-Line pula didatangkan dengan pakej petrol percuma selama setahun, rebat dalam talian RM3,500 dan penjimatan tambahan sehingga RM5,500.
Untuk peminat SUV pula, VW Tiguan Allspace Highline akan menikmati rebat dalam talian RM3,500 dan penjimatan tambahan sebanyak RM2,000.
Selain daripada itu, VPCM turut memberikan jaminan stok adalah tersedia dan produksi kenderaan Volkswagen di Malaysia tidak terjejas disebabkan masalah kekurangan bekalan cip semikonduktor di peringkat global.
Orang ramai dijemput untuk berkunjung ke bilik pameran, namun mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh kerajaan, dan hanya individu yang lengkap dua dos vaksin sahaja dibenarkan untuk membuat pandu uji kereta.
Sempena sambutan Hari Malaysia dan hujung minggu yang panjang ini, para pengedar Volkswagan akan menganjurkan bilik pameran secara maya bermula 16 hingga 19 September. Pelanggan boleh mengunjungi saluran media sosial pengedar Volkswagen tertentu untuk mengetahui tentang model dan tawaran-tawaran terkini.