Menurut VW, Taigo 2022 merupakan SUV coupe pertama yang dilancarkan di bawah segmen kenderaan kecil yang dibangunkan menggunakan platform MQB A0.
Dari segi dimensi, Taigo membawakan ukuran 4,270 mm, lebar 1,757 mm, tinggi 2,566 mm sementara jarak antara roda pula sedikit panjang berbanding Polo dan T-Cross.
Namun disebabkan karakteristik sebagai SUV Coupe, Taigo 2022 menawarkan ruang kargo hanya sebesar 438 liter, berbanding 455 liter pada T-Cross.
Dari segi ruang dalaman, ia masih mengekalkan susun atur yang sama seperti Volkswagen Polo, terdiri daripada skrin infotainmen MIB3 bersaiz 6.5 inci atau opsyen 9.2 inci, sokongan Apple CarPlay, Android Auto, serta skrin paparan digital.
VW Taigo datang dengan beberapa pilihan enjin, iaitu: enjin tiga silinder 1.0 liter turbo TSI yang menghasilkan 94 hp atau 109 hp serta enjin empat silinder 1.5 liter turbo 148 hp.