Volkswagen perkenal Golf R-Line baharu di Malaysia Autoshow 2018

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini memperkenalkan Golf R-Line baharu pada acara Malaysia Autoshow 2018, sekali gus melengkapkan barisan model Golf baharu di Malaysia.

Ini merupakan penampilan pertama Golf R-Line di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter, dengan pelancaran Golf R-Line ini telah melengkapkan rangkaian model Golf yang ditawarkan di dalam pasaran Malaysia. 

 


Hadir dengan reka bentuk yang cukup dikenali, Golf R-Line didatangkan dengan pakej gayaan berupa bumper hadapan dan belakang versi R-Line, spoiler belakang, lencana R-Line serta penggunaan rim aloi Singapura bersaiz 17 inci.

Golf R-Line masih mengekalkan nadi 1.4 liter kuasa turbo menghasilkan 150 PS dan kuasa tork setinggi 250 Nm yang hadir seawal 1,500 rpm putaran enjin. 

Kuasa tersebut kemudian dipadankan dengan kotak gear DSG dengan tujuh nisbah kelajuan. 

 

 

Ciri yang membezakan Golf R-Line dengan varian terendah ialah penggunaan lampu LED sepenuhnya di hadapan dan belakang dengan tambahan ciri lampu membelok dinamik. 

Turut ditawarkan ialah skrin paparan info aktif bersaiz 12.3 inci  dan sistem hiburan skrin sentuh bersaiz 8 inci dilengkapi dengan sambungan MirrorLink, Android Auto dan Apple CarPlay. 

Golf R-Line hadir dengan enam pilihan warna termasuklah Tumeric Yellow, Atlantic Blue, Pure White, Deep Black, White Silver dan Indium Grey.

Harga jualan Golf R-Line di atas jalan bermula pada tanda harga RM166,990.

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…