Volkswagen Menawarkan Bantuan Banjir kepada Pemilik

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengambil langkah positif dengan melancarkan program Bantuan Banjir di seluruh negara bagi semua pemilik Volkswagen yang terjejas akibat bencana banjir, terutama di negeri-negeri utara Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Program Bantuan Banjir ini bertujuan untuk membantu pemilik Volkswagen yang kenderaannya telah rosak akibat banjir, dengan menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus daripada jumlah invois (termasuk alat ganti dan tenaga kerja).

 

gambar dari Facebook Penang Kini
*Gambar dari Facebook Penang Kini

 

"Pelanggan kami di Pulau Pinang yang terjejas akibat bencana ini sudah berusaha keras untuk menanggulangi kehilangan atau kerosakan rumah dan barang-barang mereka, jadi kami berharap sumbangan kami akan memberi sedikit kelegaan dan melegakan beban mereka," kata Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter. "Bagi pihak VPCM, kami ingin menawarkan pemikiran dan doa kepada mereka dan semua penduduk terjejas melalui tempoh yang sukar ini."

Program Bantuan Banjir Volkswagen akan berlangsung hingga 28 Februari 2018.

Pelanggan diminta menghantar kenderaan yang terjejas ke pusat servis Volkswagen terdekat untuk penilaian dan pembaikan.