Volkswagen lanjutkan tempoh tanpa cukai untuk stok terhad

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan lanjutan tempoh tanpa cukai untuk rangkaian modelnya menerusi Skim Perlindungan Harga. Skim tersebut melibatkan semua model Volkswagen yang didaftarkan sekarang sehingga 15 November 2018, sehingga stok masih ada.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

 

Dengan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018, perbezaan harga yang berdasarkan kepada harga 0% GST sekarang akan diserap oleh VPCM. 

 

Skim itu melibatkan semua model yang dijual di Malaysia, sama ada pemasangan tempatan dan import. Namun begitu, stok adalah terhad dan pelanggan harus mengambil peluang ini untuk membuat tempahan sebuah Volkswagen baharu, seterusnya menikmati Skim Perlindungan Harga serta mengelakkan kekecewaan.  

 

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, “Maklum balas sejak tiga bulan lalu berikutan pengumuman 0% GST sangat memberangsangkan. Kami cuna untuk memenuhi semua permintaan. Pengenalan Skim Perlindungan Harga merupakan satu cara VPCM untuk membuktikan bahawa kami sangat mengutamakan para pelanggan. Jadi, kami ingin menggesa pelanggan supaya membuat tempahan sekarang dan menikmati lanjutan tempoh tanpa cukai ini.”   

 

Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, jaminan pengilang dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun. 

 

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.volkswagen.com.my

 

 

R-Line


 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…