Volkswagen ID.7 Tourer 2024 - wagon elektrik 282 hp, jarak gerak cecah 685 km

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun kenderaan jenis station wagon/estate sudah tidak lagi begitu meluas, Volkswagen tetap mahukan keperluan kelompok kecil itu terus dipenuhi dalam era kenderaan elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ucapkan selamat datang kepada Volkswagen ID.7 Tourer 2024, sebuah wagon berkuasa elektrik yang bakal menjadi pelengkap kepada model-model wagon lain seperti Golf Variant, Passat Variant dan Arteon Shooting Brake.

Secara asasnya, ID.7 Tourer memiliki dimensi yang hampir sama dengan model sedan ID.7.
 

ID7


Dari segi ukuran, ID.7 Tourer membawakan dimensi sepanjang 4,961 mm, lebar 1,862 mm, tinggi 1,536 mm dan jarak antara roda sepanjang 2,971 mm.

Disebabkan garis bumbung yang lebih panjang, ini bermakna ID.7 Tourer mampu menawarkan ruang kargo yang jauh lebih luas, bermula dari 605 liter dan boleh dibesarkan sehingga 1,714 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat.

Tak cukup? Usah risau kerana VW turut menawarkan opsyen untuk menambah kotak kargo bumbung berkapasiti 460 liter.
 

ID7


Susun atur ruang kabin dan papan pemuka pada ID.7 Tourer ini juga menyamai apa yang ditawarkan pada model sedan ID.7.

Di bahagian tengah terdapat skrin infohibur sebesar 15 inci, skrin kecil di hadapan pemandu, diikuti dengan roda stereng dengan butang kawalan sensitif sentuhan.

VW ID.7 Tourer juga boleh dilengkapi dengan bumbung panorama dengan lapisan PDLC (polymer-dispersed liquid crystal) di mana pemandu atau penumpang dapat mengubah tahap ketelusan cahaya mengikut keadaan cuaca semasa.
 

ID7


Menggerakkan wagon mesra alam ini ialah motor tunggal pacuan roda belakang yang mampu menjana kuasa setinggi 282 hp dan 545 Nm.

Terdapat dua pilihan kapasiti bateri, iaitu 77 kWh atau 86 kWh dengan anggaran jarak gerak sehingga 685 km untuk sekali cas penuh (data WLTP).

ID.7 Tourer boleh menyokong pengecasan pantas 175 kW (untuk bateri kecil) atau sehingga 200 kW dengan pengecasan sepantas 30 minit dari 10-80 peratus SoC.
 

ID7


Sama seperti ID.7, ID.7 Tourer ini akan dipasang di kilang VW Emden, Jerman, namun wagon ini hanya akan ditawarkan di pasaran tertentu di mana permintaan terhadap model ini masih lagi tinggi, seperti di Eropah.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana berdasarkan laporan Motor1, Volkswagen mengesahkan unit terakhir model sedan liftback…