Volkswagen I.D. Vizzion sudah hampiri fasa produksi, jangkaan tiba di pasaran seawal 2022

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen sebelum ini pernah memperlihatkan model konsep I.D. Vizzion pada Geneva Motor Show awal tahun lalu sebagai sebuah kereta berkuasa elektrik dengan teknologi pandu sendiri (self-driving technology).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Oleh itu, tidak menghairankan apabila mereka memperlihatkan model konsep yang tidak dilengkapi dengan sebarang alat kawalan pemanduan seperti stereng dan pedal kaki. 

 


Menurut laporan yang dipetik daripada Auto Express, pengeluar daripada Jerman itu dikatakan bakal membawa I.D Vizzion memasuki fasa produksi sebagai model pengganti (spiritual successor) kepada sedan bersaiz penuh VW Phaeton. 

Disasarkan bersaing dengan jenama sedan mewah seperti Mercedes-Benz S-Class dan Tesla Model S, I.D. Vizzion bakal dikuasakan oleh sistem pacu kuasa elektrik dan turut dilengkapi dengan alat kawalan pemanduan seperti stereng dan pedal kaki, tidak seperti yang digambarkan oleh model konsep sebelum ini. 
 


Menurut Jurgen Stackmann, ketua unit jualan dan pemasaran VW berkata "I.D Vizzion bakal memasuki pasaran menjelang tahun 2022, namun tidak dilengkapi dengan sistem pemanduan autonomi tahap kelima buat masa ini."

Asas kepada I.D. Vizzion ialah platform MEB kepunyaan VW Group dengan beberapa varian yang dirancang termasuklah konfigurasi sistem pacu kuasa yang berbeza output, dan pilihan motor elektrik berkembar (setiap satu untuk gandar), serta pacuan semua roda. 
 


Tiada sebarang maklumat berkenaan jarak pengoperasian bagi I.D. Vizzion didedahkan oleh pihak VW ketika ini, namun apa yang pasti dengan perkembangan teknologi masa kini dan akan datang, ia disasarkan mampu mencapai jarak pengoperasian sejauh 600 km dengan mudah. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…
Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Global
Ucapkan selamat datang kepada Volkswagen ID.7 Tourer 2024, sebuah wagon berkuasa elektrik yang…