Volkswagen I.D. R pecah rekod Pikes Peak!

oleh Mohamad Hanif|
Keputusan rasmi Pikes Peak International Hill Climb telah pun diumumkan dengan Volkswagen I.D. R berjaya memecahkan rekod terpantas mendaki bukit berprestij itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pemandu I.D. R, Romain Dumas berjaya mencatatkan rekod terpantas 7 minit 57.148 saat dengan kelajuan purata yang direkodkan adalah 145 km/j menurut catatan masa rasmi. 
 


Rekod ini berjaya memadamkan catatan masa yang dicatatkan oleh Sebastien Loeb pada tahun 2013 dengan catatan masa 8 minit 13.878 saat yang menggunakan jentera Peugeot. 

Bagi mereka yang tidak mengetahui apa itu Pikes Peak, ia merupakan perlumbaan mendaki bukit yang bermula pada 2,862 meter di atas aras laut sejauh kira-kira 20 km sebelum menghabiskan perlumbaan mengejar masa pada titik akhir setinggi 4,302 meter dari aras laut.

Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…