Volkswagen Golf R 333 Limited Edition didedahkan - 333 PS dan 333 unit terhad

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Volkswagen telah mendedahkan edisi khas baharu Golf R, yang akan dijual secara eksklusif dalam jumlah terhad dengan pakej prestasi yang ditempah khas dan ekzos Akrapovič secara standard.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Golf R 333 itu masih mengekalkan nadi EA888 2.0 liter turbo, dimana ia menghasilkan kuasa tambahan sebanyak 328 HP (333 PS) dan .420 Nm.

 

2

 

Angka baharu itu membolehkan Golf R 333 memecut dari 0-100 kmj dalam masa 4.6 saat, dan mencapai kelajuan tertinggi sehingga 268 kmj.

Antara ciri standard lain yang ditawarkan pada Golf R 333 ialah sistem ekzos prestasi R oleh Akrapovič, yang merangkumi penyenyap belakang titanium.

 

3

 

Menyumbangkan lagi prestasi Golf R 333 adalah set rim Estoril bersaiz 19 inci, dibaluti tayar semi-slick.

Pada bahagian kosmetik, Golf R 333 disiapkan dengan cat metalik Lime Yellow, bumbung hitam dan dihiasi lencana '333' di bahagian dalam dan luar.

 

4

 

Pada bahagian dalam, ia dilengkapi dengan tempat duduk sport yang dibaluti kulit Nappa, dan sistem audio premium oleh Harmon Kardon.

Selain versi Golf R 20 Years, Golf R 333 merupakan versi Golf paling berkuasa dan mahal yang pernah dihasilkan, dimana ia ditawarkan pada harga EUR76,410 (RM375,412) untuk pasaran Jerman.