Berikut merupakan sembilan perkara yang anda perlu tahu berkenaan Golf Mk8 2020.
1. Dimensi
Golf Mk8 memiliki dimensi panjang 4,284 mm, lebar 1,789 mm dan ketinggian 1,456 mm.
Jarak antara roda pula sepanjang 2,636 mm.
Sebagai perbandingan, Golf Mk7 memiliki dimensi 4,255 mm x 1,799 mm x 1,452 mm (panjang x lebar x tinggi) dengan jarak antara roda sepanjang 2,637 mm.
Front end Golf Mk8 juga telah direndahkan sebanyak 2.21 mm dan ini secara langsung memberikan kadar seretan serendah 0.275.
2. Enjin
Boleh dikatakan, kesemua unit enjin yang ditawarkan pada Golf Mk8 adalah enjin suntikan terus dengan bantuan turbo seperti:
- 1.0 liter TSI - 88 hp dan 108 hp
- 1.5 liter TSI - 128 hp dan 148 hp
- 2.0 liter TDI - 113 hp dan 148 hp
3. Varian hibrid
Terdapat lima varian enjin hibrid yang turut ditawarkan termasuklah tiga opsyen mild-hybrid yang digelar sebagai eTSI.
eTSI beroperasi menggunakan teknologi mild-hybrid 48 voltan terdiri daripada penjana pemula tali sawat yang dipasang secara terus pada DSG, pek bateri lithium ion dan enjin TSI.
Terdapat tiga output berbeza iaitu 108 hp, 128 hp dan 150 hp.
4. Varian plug-in hybrid
Setiap varian Golf menerima peralatan standard yang merangkumi perkara-perkara berikut:
- Lampu utama LED (depan dan belakang)
- Bantuan Mula tanpa Kunci
- Paparan instrumen 10.25 inci
- Paparan infotainmen 8.25 inci
- Stereng pelbagai fungsi
- Sistem pendingin hawa automatik Climatronic
- Rim 16 inci
- Bantuan Lampu Luar
- Bantuan Antaramuka pengecas peranti pintar
- Integrasi tanpa wayar kepada peranti pintar
- Lampu nyalaan suram 10 warna
7. Sistem keselamatan standard
Ciri yang disebutkan pada item nombor 6 di atas boleh didapati pada varian asas iaitu Life.
Terdapat varian Style yang menawarkan rim aloi 17 inci, trim krom, tempat duduk sporty, 32 warna pencahayaan suram, lampu LED dengan ciri membelok, lampu ketika cuaca buruk, lampu LED belakang dengan lampu membelok dinamik, Travel Assist dan Lane Assist.
Varian Golf R-Line pula menawarkan rim aloi Sebring bersaiz 17 inci, diffuser belakang, tempat duduk sports premium, seleksi mod pemanduan, bumbung kabin hitam, tombol gear aluminium, serta stereng balutan kulit berliang.
Varian GTE hibrid pula didatangkan dengan jalur iluminasi pada gril, bumper yang berbeza, rim aloi 17 inci khas, angkup brek merah, spoiler bumbung GTE, pedal keluli tahan karat, dan 30 warna pilihan untuk pencahayaan suram.
9. Peralatan Opsyen
Anda juga boleh memilih untuk memasang skrin paparan yang lebih besar 10 inci Innovision Cockpit yang didatangkan sekali dengan sistem navigasi Discover Pro.
Untuk kualiti bunyi yang lebih memuaskan, sistem audio Harman Kardon 400-watt sedia untuk dipasang pada kabin Golf anda.
10. Teknologi dan keselamatan termaju
Golf Mk8 menawarkan sambungan mobiliti terhubung Online Connectivity Unit (OCU) secara standard di mana ia merangkumi integrasi eSIM, serta fungsi dan servis yang ditawarkan menerusi We Connect dan We Connect Plus.
Travel Assist pula memberikan bantuan pemanduan tanpa perlu pemandu memegang stereng dengan kerap, atau memecut dan membrek sehingga kelajuan tertinggi 210 km/j.
Antara ciri pertama yang diperkenalkan pada model Volkswagen adalah fungsi Car2X (Car-to-Unknown) di mana kenderaan akan menerima informasi daripada kenderaan sekeliling dalam lingkungan radius sehingga 800 meter.
Ciri Car2X juga akan menerima isyarat daripada infrastruktur trafik bagi memberikan amaran tentang kondisi semasa jalan raya.
Selain daripada itu, ciri-ciri bantuan lain yang disertakan seperti kawalan pelayaran adaptif dengan fungsi pengesan jarak, Front Assist, amaran kemungkinan kenderaan hadapan berhenti, serta kawalan casis adaptif DCC.