Volkswagen dan Lazada Cipta Sejarah Menerusi Jualan Eksklusif Beetle Edisi Terhad Atas Talian

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan SEA Lazada Malaysia hari ini mengumumkan satu kolaborasi bersejarah yang akan menyaksikan 12 unit Volkswagen Beetle dijual secara dalam talian.

Kerjasama itu memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki sebuah Volkswagen Beetle edisi terhad yang eksklusif. Ia boleh dibeli dengan mudah menerusi platform Lazada sempena kempen Online Revolution Lazada yang bermula pada 12 hingga 14 Disember 2017. 12 unit Beetle edisi terhad itu akan dijual secara dalam talian pada harga RM112,112* seunit. Tawaran ini hanya sah di Semenanjung Malaysia sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beetle edisi terhad didatangkan dalam dua rekaan - “Herbie 53” dalam warna putih (Pure White) dan putih perak (White Silver) serta “Hot Bug” yang berwarna merah (Tornado Red).

 

Herbie

 

Pelanggan yang berminat untuk memiliki Beetle ini hanya perlu melayari platform Lazada dan membeli satu Welcome Kit pada harga RM5,000 yang bertindak sebagai yuran tempahan pra-pembayaran.

Welcome Kit ini mengandungi satu rantai kunci Volkswagen dan kad Touch & Go edisi terhad dengan nilai RM100. Sebaik sahaja pembelian dimuktamadkan, pelanggan akan dihubungi oleh wakil Volkswagen bagi membolehkan mereka memilih pengedar serta menyempurnakan proses pembelian.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa kerjasama ini mencatat satu lagi pencapaian kepada jenama Volkswagen di Malaysia. “Kita kini hidup dalam era digital di mana barangan dan perkhidmatan boleh diperoleh dari dalam talian, jadi kenapa tidak kereta. Pembelian kereta edisi terhad yang ikonik ini melalui platform e-dagang adalah sesuatu yang belum pernah kami lakukan. Ini memang sejarah pertama buat Volkswagen, dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Lazada atas peluang untuk bekerjasama, dan tidak ketinggalan juga rakan-rakan pengedar kami untuk sokongan yang diberikan terhadap inisiatif ini.”

“Di Lazada Malaysia, kami sentiasa berusaha untuk menawarkan perkhidmatan yang boleh memberi pengalaman kepada pelanggan dan akhirnya mampu memenuhi keperluan rakyat Malaysia dengan lebih baik.

“Kolaborasi ini merupakan bukti bahawa pelanggan boleh membeli apa sahaja menerusi platform kami dengan kereta dijual secara dalam talian buat pertama kalinya di Malaysia!

“Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan Volkswagen dalam meningkatkan kewujudannya dalam talian kerana mereka telah memberi kepelbagaian ke atas platform kami. Sekali gus memberikan pelanggan lebih kemudahan, pilihan dan nilai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Hans-Peter Ressel.

Beetle edisi terhad hadir bersama stereng multi fungsi yang dibalut kulit, skrin sentuh 'Composition Colour’ bersaiz 5.8” dengan ciri USB, Bluetooth, 8 unit pembesar suara dan fabrik ‘Pepita’ pada tempat duduknya.

Ia dikuasakan oleh enjin TSI turbo bersesaran 1.2l dengan output 105PS. Bersama transmisi automatik 7-kelajuan DSG dan tork maksimum 175Nm, pemandu dijanjikan dengan pemanduan yang mengujakan.

Bagi memberi ketenangan minda, Beetle edisi terhad didatangkan dengan jaminan pengeluar dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.volkswagen.com.my dan http://www.lazada.com.my/volkswagen-passenger-cars-malaysia/

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…