Volcars - pusat sehenti restorasi kenderaan lama dan klasik jenama Volvo

oleh Mohamad Hanif|
Umum mengetahui untuk projek restorasi sesebuah kereta lama bukan suatu perkara yang mudah.

Apatah lagi sekiranya model tersebut sudah jarang dipakai di sesebuah negara, dan kesukaran untuk mendapatkan alat ganti tulen sudah tentu menguji mental dan emosi pemilik kereta lama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Dalam kesuntukan masa, penulis sempat menemuramah pemilik Volcars, bengkel restorasi bagi kenderaan jenama Volvo di Malaysia, Unif Rashdan Ahmad.

Volcars berkebolehan untuk menyiapkan permintaan pelanggan, baik daripada projek custom kenderaan sehinggalah kepada proses restorasi kenderaan kepada spesifikasi kilang asal. 

Malah, pihak Volcars sendiri akan memberikan sebut harga yang bersesuaian dengan kemampuan pelanggan sebelum memulakan proses restorasi. 

Menurut Rashdan, Volcars terdiri daripada beberapa pakar yang khusus bagi melakukan sesuatu permintaan seperti kerja-kerja baik pulih badan kenderaan, kerja mengecat,  kemasan dalaman dan trim luaran, sehinggalah kepada pemulihan dan penyelenggaraan bahagian enjin kereta. 

"Volcars berfungsi seperti sistem vendor. Apabila terdapat permintaan untuk membaik pulih sesebuah kenderaan, pihak kami akan duduk berbincang terlebih dahulu dan mengagihkan tugas-tugas mengikut kepakaran tersendiri," terang Rashdan.

Dengan cara itu, sesebuah kenderaan mampu disiapkan dalam masa dua minggu sehingga enam bulan bergantung kepada keadaan kereta tersebut. 


Menurut Rashdan, Volcars tidak akan mengambil masa lebih daripada setahun bagi menyiapkan kerja-kerja restorasi kereta. 

"Sebagai pemilik Volvo, saya sendiri faham perasaan seorang pemilik yang ingin membawa pulang sebuah Volvo yang telah direstorasi kembali," ujar beliau. 

Para pemilik kenderaan Volvo lama dan klasik yang berminat untuk mendapatkan khidmat kepakaran Volcars boleh melawati bengkel mereka di alamat yang tertera di bawah:

12G, Jalan Putra 3
Taman Putra Kajang, 
43000 Kajang, 
Selangor Darul Ehsan

Nombor telefon: 03-8733 3334

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, anda boleh mendapatkan Nissan Cube terpakai (atau nama rasminya Certified Pre-Owned, CPO)…
Berita Global
Bertempat di Tokyo Auto Salon 2024, TOM's Racing mempamerkan sebuah Supra JZA80 yang telah…
Berita Global
Salah satu contoh yang ditunjukkan adalah seperti yang kami paparkan dalam artikel kali ini, di…