Visi automotif Asean bermula hari ini

oleh HEZERI SAMSURI|
Visi untuk memastikan jumlah komponen tempatan di dalam kenderaan yang dijual di dalam negara Asean semakin meningkat kepada tahap lebih 90 peratus bermula hari ini selepas Perjanjian Persetujuan antara Malaysia Automotive Institute (MAI) dan Institut Otomotif Indonesia (IOI) termeterai pagi tadi di satu majlis ringkas di Jakarta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan seramai 640 juta orang penduduk, Asean memang menjadi satu pasaran yang kuat di dalam dunia dan ini sudah lama disedari oleh syarikat-syarikat automotif yang telah bertapak di rantau ini sejak puluahn tahun lalu.

Kekuatan vendor yang mampu menghasilkan kesemua komponen kenderaan di dalam Asean sendiri membolehkan lebih banyak pesaing datang untuk memasang produk mereka di dalam rantau ini.
 

 

Menurut Menteri Perdagangan dan Industri (MITI) negara, YB Darell Leiking, hubungan dagangan dua hala antara Malaysia dan Indonesia sudah mencapai jumlah US$16.89 billion untuk tahun 2017, 4.1 peratus dari jumlah perdagangan global negara dan menjadikan Indonesia sebagai rakan perniagaan ketujuh terbesar Malaysia.

"Hubungan simbiosis ini membuktikan perkembangan antara industri automotif di kedua-dua negara," ujar Darrren.

Indonesia juga memberikan insentif untuk pelabur-pelabur asing datang ke negara mereka. Antaranya ialah:

  • Tempoh bebas cukai korporat dari lima hingga 20 tahun untuk syarikat pelabut asing.
  • Pengurangan cukai sehingga 200 peratus untuk usaha perkembangan modal insan
  • Pengurangan cukai sehingga 300 peratus untuk pelaburan dalam R&D

 

 

Datuk Madani Sahari, CEO untuk MAI juga berkata jika digabungkan kebolehan vendor-vendor dari Indonesia dan Malaysia, lebih dari 90 peratus komponen kenderaan mampu dihasilkan di dalam dua negara ini.

"Pasaran Asean perlu dinikmati oleh pemain industri dari Asean juga," terang Gusti Putu Suryawirawan, Ketua Pengarah Akses dan Perkembangan Industri Antarabangsa bagi Kementerian Industri Republik Indonesia.

Ada lebih dari 1,000 vendor-vendor automotif di Indonesia dan mereka memerlukan suntikan dari segi kepakaran dan teknologi terkini dan ini mampu dilakukan dengan bantuan dari 641 vendor-vendor automotif di Malaysia.

Ini ialah kerana Malaysia mempunyai ratusan vendor di peringkat Tier 1 yang mempunyai kebolehan untuk membuat R&D dengan teknologi paling baharu.

 

 

Sementara itu, MAI dan IOI juga akan membuka pasaran di Malaysia dan Indonesia untuk vendor-vendor dari kedua negara itu. Indonesia dijangka akan menghasilkan lebih dari 1.2 juta unit kenderaan tahun ini dan 1.1 juta ialah untuk jualan pasaran domestik mereka.

Perjanjian ini juga adalah hasil dari perjumpaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dengan Presiden Republik Indonesia Joko Widodo mengenai hasrat keduanya untuk menghasilkan kenderaan Asean suatu hari nanti.

Langkah seterusnya ialah untuk bekerjasama dengan Thailand pula kerana negara Detroit of the East itu mempunyai lebih dari 2,400 pembekal komponen kenderaan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Teknologi tersebut boleh digunakan dalam sektor pembuatan perabot, pertanian, perladangan, gas…
Uncategorized
Anugerah Kereta Tahunan Malaysia Automotive Industry (Car Of The Year MAI) yang bakal berlangsung…
Berita Global
"Tidak semestinya ia kenderaan penumpang. Ia boleh jadi sebuah kenderaan komersil, atau kenderaan…