Menurut Syamsul, pemandunya memakai baju VinFast dan kereta itu menggunakan plet pendaftaran komersil.
Selain dari itu, Syamsul juga berkata e34 itu menggunakan sistem kamera yang lebih canggih, mungkin untuk membaca keadaan trafik tempatan.
Vinfast e34 menggunakan bateri lithium-ion 42kWh dan mampu memberikan jarak gerak sejauh 300 km. Motor elektrik tunggalnya mampu menghasilkan 147 hp dan 242 Nm dan dipacu oleh roda hadapan.
Saiznya adalah lebih kurang Perodua Myvi, menjadikan ia pesaing kepada beberapa EV yang sudah dijual di Malaysia, seperti BYD Dolphin dan MG4 EV.
VinFast sekarang dijual di US dan itu adalah satu tindakan berani kerana penerimaan pasaran di sana adalah hambar atas alasan kualiti yang tidak setimpal dengan harganya.
Sejak akhir tahun lalu, VinFast mengumumkan ia berminat untuk memasuki pasaran Panduan Sebelah Kanan.
Pembelian litar ujian Holden oleh VinFast di Australia membuktikan hasrat itu benar-benar serius dan antara pasaran yang VinFast berminat ialah Australia, New Zealand, Indonesia, India dan juga Malaysia.
Sudah ada desas-desus bahawa VinFast akan dijual oleh sebuah syarikat konglomerat besar tempatan tetapi dengan pasaran EV yang dibanjiri oleh jenama-jenama dari China, VinFast perlukan lebih dari nama untuk berjaya di sini.