Video YouTube papar gambar BMW R1250 GS baharu!

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah video YouTube dikatakan telah memaparkan gambar model adventure lagenda BMW yang terbaharu, R1250 GS.

Malah video itu juga dikatakan menunjukan teknologi baharu BMW yang akan digunakan pada model baharu itu.
Kawasaki Legend Reborn

Teknologi sistem Shiftcam bertindak-balas kepada kedudukan pendikit dan menggunakan penggerak (actuator) yang bijak bagi menggerakkan aci sesondol (camshaft) ke kiri atau ke kanan. Ini akan memberikan profil-profil aci yang berbeza.

Contohnya semasa pendikit dibuka kecil, profil aci sederhana digunakan untuk mengurangkan pergerakan injap dan melancarkan penghantaran tenaga.

Bila pendikit dibuka secara maksimum, profil aci penuh mengambil alih dan melepaskan kesemua 136 bhp.

Teknologi yang hampir sama sebenarnya telah digunakan oleh Ducati (Testasretta) dan juga Honda (VTEC).

Sayang sekali video tersebut nampaknya telah diturunkan.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Pelancaran
  Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia dalam ucapan…
Telah Diuji
  Mula diperkenalkan pada tahun 2009 oleh BMW Motorrad untuk menyertai perlumbaan WSBK, motosikal…
Uncategorized
Sebelum ini Yamaha pernah memperlihatkan Motobot, prototaip robot yang mampu menunggang sebuah R1,…