VIDEO: Volkswagen I.D. R beraksi di Pikes Peak buat kali pertama!

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang cabaran Pikes Peak International Hill Climb yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini di Colorado, Amerika Syarikat, Volkswagen dilihat sedang mengadakan sesi pandu uji di sana menggunakan kereta elektrik I.D. R.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiada sebarang ngauman enjin kedengaran seperti yang lazimnya kita dengari sewaktu acara berlangsung, apa yang anda dengari berkemungkinan besar bukan seperti yang anda bayangkan. 

Cabaran Volkswagen kali ini adalah untuk memecahkan rekod terpantas bagi kategori EV yang mana sebelum ini telah dibuktikan oleh Rhys Millen pada tahun 2016 dengan catatan masa 8 minit 57.118 saat. 

Perlumbaan Pikes Peak bermula pada aras 2,862 meter di atas paras laut dan akan melalui 1,440 vertikal meter dakian, 156 selekoh dan 100 peratus permukaan aspal. 

Anda boleh saksikan video percubaan Volkswagen buat kali pertama menguji I.D. R pada Pikes Peak di bawah ini. 

 


Volkswagen I.D. R dikuasakan oleh dua motor elektrik yang mampu menghasilkan 680 kuasa kuda sebelum disalurkan kepada empat buah roda. 

Dengan berat hanya sekitar 1,100 kg termasuk pemandu - Romain Dumas, I.D. R ini mampu mencapai 0-100 km/j dalam masa kurang daripada 2.5 saat dan kelajuan terpantas dicatatkan selaju 240 km/j. 

Seperti kenderaan elektrik lain, I.D. R menggunakan bateri lithium-ion yang telah dioptimasikan lebih kepada penghantaran kuasa output tertinggi kepada sistem pacuan semua roda berbanding jarak pengoperasian untuk sekali pengecasan penuh pada kenderaan tipikal EV. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Senarai model terdiri daripada NSX Type S, TLX Type S, TLX Type S PMC Edition (pace car),…
Berita Global
  Acara pengejaran masa (time attack) itu dijalankan di laluan sama perlumbaan dan bermula dari…
Berita Global
Kali ini bukannya daripada Audi, akan tetapi sebuah Porsche 911 yang diberikan nama sebagai…