VIDEO: The Stig pecah rekod untuk trektor terlaju dunia!

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rekod dunia untuk traktor terlaju dunia sebelum ini dilakukan di Lapland bila juara Rali Dunia, Juha Kankkunen memandu sebuah trektor dengan tayar Nokian pada kelajuan 130 km sejam.

TopGear UK nampaknya telah berjaya memecahkan rekod itu dengan sebuah traktor yang menggunakan enjin V8 Chevrolet dengan 500 hp.

 

 

Traktor TopGear juga dipasang dengan brek pada keempat-empat roda, dua brek parkir hidraulik, rim belakang 20-inci dengan tayar Super Swamper Boggers bersaiz 54-inci, lampu belakang dari Ariel Atom, sistem gantungan udara boleh-laras, barometer dan rak kasut untuk but Phua Coo Kang.

Ia juga dipasang dengan berus tandas yang boleh berputar - khusus untuk membersihkan but kotor anda.

 

 

Stig memecahkan rekod dunia tersebut dengan catatan masa 140 km sejam di atas litar yang basah.

Jika ada yang bertanya kenapa litar TopGear sentiasa basah, jawapannya ialah cuaca di UK memang sentiasa hujan.

Lihat video TopGear di bawah.

Berita Berkenaan

Berita Global
Lima kali lebih senyap dari jentera korek diesel, ia di caj penuh dalam masa dua jam dan boleh…
Berita Global
JCB baru sahaja melancarkan model terkini telehandler mereka, Hydraload 555-210R dan ia mempunyai…