VIDEO: Thatcham Research tunjuk demo bagaimana terlalu bergantung kepada pemanduan autonomi mampu membunuh

oleh Mohamad Hanif|
Pemanduan autonomi masih lagi berada di dalam fasa pembangunan, di mana pengeluar yang berkaitan masih memperbaiki bagaimana sistem itu mampu memandu manusia dengan cara yang lebih efektif dan selamat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, disebalik amaran daripada pihak pengeluar supaya para pemandu tidak mengalihkan tumpuan ketika memandu, masih ramai yang ingkar akan perkara ini dan mengakibatkan kemalangan kerana terlalu bergantung harap kepada sistem Autopilot. 

Bagi menunjukkan contoh bagaimana sistem yang tidak begitu matang ni membahayakan pemandu, Thatcham Research telah menerbitkan satu video ringkas yang menampilkan sebuah Tesla Model S 'melanggar' sebuah kenderaan yang statik ketika mod Autopilot dipasang.

 

Video tersebut menunjukkan Tesla Model S itu tidak sempat untuk mengelak dan terus melanggar kenderaan statik ketika kereta yang diekorinya mengubah haluan untuk mengelakkan kereta yang statik di tengah jalan itu.

Menurut laporan, Thatcham berasa kurang senang dengan penamaan yang digunakan oleh sesetengah pengeluar seperti Autopilot (Tesla) dan ProPilot (Nissan) kerana beranggapan penamaan tersebut kurang membantu orang ramai memahami realiti disebalik ciri bantuan pemanduan yang diiklankan. 

Walaubagaimanapun, Tesla dan Nissan masing-masing membalas kenyataan daripada Thatcham dengan menyatakan bahawa kedua-dua sistem tersebut tidak bertujuan untuk menjadikan kereta bebas daripada kemalangan, dan perhatian pemandu sememangnya diperlukan ketika mod (Autopilot dan ProPilot) diaktifkan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
Operasi yang bermula Februari itu telah meningkatkan pengeluaran kilang tersebut sebanyak 70…
Berita Global
Jentera yang boleh drift dengan sendirinya itu kini boleh dimiliki oleh orang ramai dalam bentuk…