VIDEO: Tayar lebar = lebih cengkaman? Ikuti ulasan daripada Tyre Review UK

oleh Mohamad Hanif|
Secara teorinya, lebih lebar sesebuah tayar, maka lebih banyak permukaan tayar yang melekap pada jalan, dan ini menyumbang kepada lebih banyak kawalan cengkaman ke atas jalan oleh tayar tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Teori tersebut secara asasnya memang berguna pada kebanyakan situasi namun ada kalanya, kadar kelebaran tayar tidak berkadar secara terus dengan kadar cengkaman yang diinginkan disebabkan faktor-faktor luaran. 
 

 

Tyre Review daripada UK telah menunjukkan satu demonstrasi bagaimana hubungkait di antara tahap kelebaran tayar mampu mempengaruhi tahap prestasi sesebuah kenderaan. 

Sebuah BMW 320d telah digunakan oleh pemandu Jonathan Benson sebagai 'tikus makmal' kali ini dengan tahap kelebaran tayar dan keadaan jalan yang pelbagai telah ditetapkan sebagai pemboleh ubah yang dimanipulasikan. 

Tayar Goodyear Eagle F1 Assymetric yang bersaiz 225/40/R19, 255/35/R19 dan 285/30/R19 telah digunakan di dalam ujian pengendalian, ujian brek di dalam keadaan jalan kering dan basah, serta kadar aquaplanning. 

Keputusan ujian? Tidak seperti yang anda jangkakan. 
 


Sebagai contoh, menurut Benson, kombinasi tayar 225 hadapan dan tayar lebar 285 di belakang memberikan prestasi pengendalian yang bagus pada permukaan jalan yang kering, namun pada pengendalian di jalan basah, ia lebih perlahan hampir 2 saat berbanding penggunaan saiz 255 untuk keempat-empat tayar. 

Tambahnya lagi, di dalam permukaan jalan yang basah, tayar yang kurang lebar lebih mudah untuk 'membelah' permukaan jalan yang berair serta mengurangkan kesan aquaplanning berbanding tayar yang lebar. 

Teori ini sebenarnya telah pun digunapakai oleh penduduk-penduduk di negara yang bersalji di mana mereka menggunakan tetapan saiz tayar yang tipis pada kenderaan mereka di musim sejuk. 
 

gambar contoh


Pemilihan tayar untuk kegunaan seharian bukanlah mudah, ia melibatkan kompromi di dalam sektor-sektor tertentu supaya ia lebih memberikan tahap prestasi yang diinginkan dan juga lebih mesra poket. 

Penggunaan tayar lebar sebagai contoh, ia mampu memberikan lebih cengkaman pada permukaan jalan yang kering, tidak pada jalan yang basah dan oleh kerana lebih banyak permukaan tayar yang bersentuhan dengan permukaan jalan, tahap keselesaan sebagai kenderaan harian juga tidak seperti yang diinginkan. 

Mungkin sekali anda akan menyumpah seranah diri anda yang dahulu kerana memilih tayar yang tidak bersesuaian. 
 


Selain daripada saiz, anda juga perlu menitikberatkan penggunaan jenis tayar yang bersesuaian dengan kegunaan harian, dan sudah tentu aplikasi di dalam litar perlumbaan tidak akan sama sepertimana pemilihan tayar untuk kegunaan seharian. 

Tiada satu produk tayar yang dipasarkan mampu untuk 'memukul rata' kesemua permukaan jalan yang basah, kering, berlopak dan sebagainya. 

Sebagai pengguna, anda digalakkan untuk bertanya kepada yang lebih arif atau membaca ulasan-ulasan yang dihasilkan oleh penganalisis automotif berkenaan spesifikasi tayar yang sesuai untuk kegunaan harian. 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Berita Global
Bridgestone mahu memberi fokus kepada tayar-tayar berprestasi tinggi untuk kenderaan penumpang dan…
Berita Domestik
Menurut Edwin Pang, warga Malaysia yang pernah bertugas di unit R&D syarikat tayar di Jerman,…