VIDEO: Suzuki Jimny 2019 tunjuk belang sebenar di laluan off-road

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki Jimny, sebagaimana yang kita semua maklum telah pun tersebar gambar rasminya ke seluruh dunia, dengan rekaan seakan-akan Mercedes-Benz G-Class mini, serta harga yang dikatakan agak berpatutan untuk sebuah kenderaan off-road.
Kawasaki Legend Reborn

Walaupun tampak kecil dengan enjin 1.5 liter sahaja, ia masih mampu melakukan tugas-tugas lasak, terima kasih kepada casis ladder frame yang serba kukuh, sistem suspensi rigid axle tiga punca dan low-range transfer gear

Spesifikasi yang lengkap boleh dibaca menerusi carian di internet, atau melalui artikel yang telah kami siarkan sebelum ini, namun ia tidaklah begitu lengkap tanpa kita melihat sendiri keupayaan Suzuki Jimny mengharungi cabaran off-road. 

 


Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah menyediakan bertih jagung dan air minuman segera sambil menikmati video pandu uji Suzuki Jimny meredah habitat semula jadi kenderaan offroad itu. 

Mungkin selepas habis menonton video ini, kita semua boleh melakukan solat hajat bersama-sama supaya akan ada pihak membawa masuk model Suzuki Jimny ini untuk pasaran Malaysia. 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat Jimny Center Niigata, terletak di kepulauan Honshu, utara Jepun telah mereka bentuk gril…
Berita Global
Kini, mereka telah memberikan beberapa info yang lebih menyeluruh bagi mereka yang inginkan sebuah…
Berita Global
Dengan rekaan yang dilihat menyerupai Mercedes-Benz G-Wagen, Suzuki Jimny masih mengekalkan imej…