Sebelum ini, kami pernah berkongsi pengalaman menawan laluan off-road ringan menggunakan Subaru XV dan Forester, namun bagaimana pula dengan laluan yang lebih mencabar?
Seorang pemilik Subaru Crosstek (nama lain XV di pasaran US) baru-baru ini berkongsikan pengalaman menawan laluan off-road yang paling mencabar di Moab, Utah, Amerika Syarikat.
Modifikasi yang dilakukan oleh pemilik Crosstek tersebut tidaklah terlalu 'hardcore', seperti menukarkan sistem suspensi yang lebih tinggi, tayar Toyo Open Country AT3, serta bampar depan yang lebih agresif untuk sudut pendekatan yang lebih baik.
Namun unit trenkuasa masih lagi kekal standard dengan enjin FB20B 2.0 liter yang mampu menjana 148 hp dan 196 Nm, serta transmisi CVT!
Biarpun masih kekal dengan transmisi CVT, ia tidak menghalang pemilik tersebut daripada mencuba sendiri laluan Devil's Hot Tub yang sangat mencabar di Moab itu.
Video penuh boleh ditonton pada pautan Youtube di bawah: