VIDEO: Satu-satunya Porsche 911 kalis peluru standard kilang di dunia!

oleh Mohamad Hanif|
Porsche 911 sudah pun lapan generasi berada di pasaran, dan generasi 996 yang muncul pada tahun 1998 merupakan satu anjakan yang cukup besar kepada keluarga 911 - peralihan daripada enjin sejukan udara kepada enjin sejukan cecair.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, reka bentuk Porsche 911 generasi 996 yang 'terlalu' lembut itu membuatkan ia tidak begitu digemari berbanding model-model 911 yang lain.

Namun, versi yang dipaparkan dalam artikel kali ini sedikit berbeza, kerana ia merupakan satu-satunya model Porsche 911 dengan spesifikasi kalis peluru standard kilang yang pernah dihasilkan oleh Porsche.

Aneh bukan? Golongan yang mahukan perlindungan daripada sebarang ancaman peluru ini biasanya akan menempah kereta yang jauh lebih besar, seperti Range Rover, atau Mercedes-Benz S-Class.

 


Unit one-off ini dibina oleh Porsche berdasarkan permintaan pelanggan yang mahukan sebuah kereta berperisai, dan ia kini masih lagi boleh dilihat sebagai sebahagian daripada koleksi Porsche Museum.

Porsche 911 berwarna Dragonfly Turqoise Metallic ini nampak sahaja standard di luar, namun disebalik rupa standard tersebut terlindungnya kelengkapan seperti kaca diperkukuh setebal 20 mm, serta pemasangan perisai kalis peluru yang kemudian menjadikan ruang kabin sunyi sepi daripada sebarang bunyi luar.

Untuk hasil kerja badan, Porsche tidak menggunakan keluli tahan lasak, sebaliknya memilik Dyneema - bahan komposit penyerap tenaga yang sama berat seperti bahan keluli dan 15 kali lebih kuat.

Menurut Porsche, kekuatan bahan tersebut telah terbukti mampu menahan daripada serangan peluru 9mm handgun, serta peluru .44 daripada revolver Magnum.

Kelengkapan lain masih lagi dikekalkan seperti sistem bunyi, tempat duduk boleh laras dengan pemanas terbina, serta kawalan cruise.

 


Disebalik keupayaan untuk menahan serangan peluru, ia datang berat sekitar 2,722 kg, jauh lebih berat berbanding 996 Carrera standard (1,317 kg).

Disebalik penambahan berat badan tersebut, ia masih lagi dikuasakan oleh enjin standard flat-six 3.4 liter yang menghasilkan 296 hp dan 350 Nm.

Disebabkan tiada siapa yang mahu membawa sebuah Porsche yang terlalu berat, kos yang terlalu tinggi dan kurang permintaan, projek kereta kalis peluru tidak diteruskan.