Pada 23 April lalu, sebuah senjata laser darat telah diuji di New Mexico dan ia berjaya menembak beberapa peluru berpandu yang dilancarkan di udara.
Senjata itu bakal diolah untuk dipasang pada sebuah jet pejuang F-15 Eagle seawal tahun 2021.
Laser dikatakan mampu menumpaskan peluru berpandu dalam pelbagai cara. Antaranya ialah merosakkan pengesan pada kepala peluru berpandu (terutamanya pengesan infra red), merosakan badan peluru berpandu itu sendiri agar ia tidak boleh terbang dengan sempurna dan haba yang dihasilkan oleh laser mampu meletupkan peluru berpandu itu sendiri.
Saksikan video ujian itu dibawah.