Apa yang menarik, semenjak ia diproduksikan pada tahun 1970-an sehinggalah akhir produksi, reka bentuk kotak (atau gelaran kereta kebal) masih kekal ikonik dan tak lapuk dek masa untuk sebuah kereta Volvo (sedan, coupe dua pintu, wagon).
Malah, reka bentuk kekotakan ini terus kekal pada model-model seterusnya sehinggalah kehadiran bahasa rekaan terkini Volvo yang cukup seksi (lihat sahaja lampu Thor).
Akan tetapi, bagaimana sekiranya Volvo terus mengekalkan rekaan kekotakan ini untuk model-model Volvo masa kini?
Seorang artis menerusi saluran Youtube The Sketch Monkey telah mengambil kesempatan untuk membuat rendering terhadap model asal 240 namun membawakan beberapa elemen terkini kereta sedan Volvo S60 sebagai sumber inspirasi, seperti contoh lampu belakang berbentuk C.
Bentuk badan asal 240 dikekalkan termasuklah garisan bonet belakang yang cukup panjang dan tidak terdapat pada mana-mana model moden masa kini.
Luangkan masa dan nikmati proses rendering Volvo 240 menerusi pautan video di bawah: