VIDEO: Ford GT ini dipandu oleh seorang pemandu lumpuh separuh badan

oleh Mohamad Hanif|
Disahkan lumpuh separuh badan akibat kemalangan motosikal yang dialami pada tahun 1999 tidak menghalang Jason Watt, seorang pelumba yang berasal daripada Denmark untuk terus menceburi bidang permotoran yang beliau minati selama ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bahkan, beliau merupakan salah sorang pemilik supercar Ford GT generasi kedua yang diterimanya pada awal tahun ini dan sebuah Ford GT generasi pertama tahun 2005.
 


Kedua-dua Ford GT tersebut telah diubahsuai bagi membolehkan Watt memandu kereta tersebut dengan mudah, dengan menggunakan tangan kanan untuk memecut dan membrek, dan tangan kiri pula untuk memegang stereng. 

Memandangkan beliau menggunakan kerusi roda, Watt telah memasang perkakas khas pada bumbung Ford GT bagi meletakkan kerusi roda dan bagasi beliau ketika sedang memandu. 

Sebelum Ford meluluskan permohonan beliau memiliki Ford GT terbaharu itu, Ford sendiri turun padang untuk melihat kereta ini digunakan dan dipandu sendiri oleh Watt, oleh kerana kebanyakan masa kereta tersebut digunakan bagi menarik perhatian orang ramai di dalam acara amal dan dipandu sendiri oleh beliau. 

Video inspirasi di bawah merupakan temuramah yang dilakukan terhadap Watt berkenaan sejarah beliau memandu di Nurburgring sejak 1995. 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan media barat, tragedi berlaku pada 10 Ogos di rumahnya di Malibu bila Simon sedang…