VIDEO: Cetakan 3D Enjin Wankel 13B-REW Mazda RX-7 sesuai dijadikan hiasan meja kerja anda

oleh Mohamad Hanif|
Kecanggihan teknologi zaman ini bukan sahaja membolehkan kita mencetak apa sahaja yang kita mahukan dalam bentuk 3D, bahkan kita juga mampu untuk membina sebuah model yang "berfungsi" dengan tambahan beberapa peralatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti mana yang kami paparkan pada artikel ini, cetakan tiga dimensi enjin Wankel atau lebih dikenali dengan nama enjin rotary ini telah dihasilkan oleh Eric Harrel, yang sebelum ini pernah menghasilkan mahakarya yang teliti untuk enjin LS3 V8 dan Subaru EJ20.


Model enjin yang dihasilkan pada skala 1:3 ini bukan sahaja dibuat dengan teliti, ia juga dilengkapi dengan motor elektrik bagi menampakkan mekanisme putaran rotor serta lampu LED yang menunjukkan fasa pembakaran dalaman yang serba ringkas di dalam perumah rotor itu. 

Perumah rotor ini sengaja dibina di dalam bentuk keratan rentas supaya anda boleh saksikan dengan sendiri pusingan putaran rotor melalui empat fasa putaran enjin iaitu kemasukan, proses pemampatan, proses pembakaran dan proses pelepasan asap ekzos sebagaimana yang anda biasa saksikan menerusi filem aksi dan animasi Initial D, dan Wangan Midnight. 

Bagi mereka yang mempunyai mesin pencetak 3D di rumah, anda boleh mendapatkan manual dan kit penuh menerusi pautan yang tertera di bawah. 

Mazda RX7 Wankel Rotary Engine 13B-REW - Working Model

Saksikan video ringkas bagaimana mekanisme enjin Wankel berfungsi pada video di bawah.