VIDEO: Bagaimana Toyota merevolusikan produksi massa

oleh Mohamad Hanif|
Pasca perang dunia kedua menyebabkan syarikat-syarikat besar di Jepun terpaksa bersendirian bertatih bagi memulihkan perniagaan mereka kembali kepada sedia kala.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Oleh kerana sumber yang terlalu terhad pada ketika itu akibat peperangan, produksi trak K-Series Toyota berjalan seperti sedia kala, namun para pekerja terpaksa memasang brek pada bahagian gandar hadapan dan sebuah lampu utama (daripada dua lampu seperti kebiasaan) sahaja. 


Ketika itu idea Toyota Production System mula berkembang setelah lawatan persendirian oleh  Eiji Toyoda bersama pakar mesin tenun, Taiichi Ohno ke kilang produksi River Rouge Ford di Amerika. 

Mereka tertarik dengan skala operasi yang ditunjukkan oleh Ford pada ketika itu, namun apa yang menarik perhatian ialah sistem layan diri yang digunakan oleh pasaraya Piggly Wiggly (ketika ini Jepun masih belum maju, tiada mesin layan diri), membolehkan pengguna memilih apa yang mereka mahukan. 

Ohno kemudian mengadaptasi "formula pasaraya" pada barisan produksi kilang Toyota dengan menghasilkan alat ganti yang mencukupi untuk menggantikan kumpulan yang telah digunakan yang kemudiannya dinamakan sebagai sistem "Just in Time". 
 


Berbanding dengan sistem lambakan stok yang digunakan oleh Ford, Toyota mampu mengurangkan pembaziran stok sedia ada dan membolehkan mereka kekal beroperasi walaupun di dalam keadaan bajet yang sangat terhad. 

Terima kasih kepada penambahbaikan "just in time" yang dibawakan oleh Ohno, Toyota kini telah menghasilkan lebih daripada 250 juta kenderaan seluruh dunia. 

Model produksi yang sangat berkesan ini bukan sahaja digunakan oleh syarikat besar seperti Boeing dan Intel, malah sebuah hospital di Kanada juga mengadaptasi sistem yang serupa bagi mengurangkan masa menunggu ketika di wad kecemasan. 

Saksikan video di bawah terbitan Bloomberg menceritakan sejarah Toyota dan bagaimana mereka mampu merevolusikan kembali produksi massa.