SUV tersebut - disyaki sebuah Isuzu - memandu secara mengundur namun pada kelajuan yang biasa seperti kelajuan trafik normal.
Officials say the vehicle seen on highway traffic cams driving in reverse might have been having transmission issues – but couldn’t confirm the driver’s motive.
— ABC News (@ABC) June 6, 2018
Ohio DOT suggests the driver should have simply pulled over. Thankfully, no one was injured. https://t.co/uhwppPHxqJ pic.twitter.com/jjFNSGjuFj
Terdapat babak rakaman di mana pemandu tersebut terlepas susur keluar lebuhraya, di mana beliau bertindak dengan kurang bijak memasuki susur masuk ke lebuhraya, juga dengan cara mengundur, sebelum pulang ke tempat asal.
Tidak dapat dipastikan sama ada pemandu tersebut menghadapi masalah transmisi atau beliau sekadar mahu menunjukkan bakat yang ada di dalam pemanduan mengundur supaya dapat diterima menjadi tenaga pengajar di sekolah memandu Brian O' Connors.
Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya.
Tahun lepas telah tersebar satu video pemanduan mengundur di kawasan Pudu Raya melibatkan sebuah Proton Saga lama yang dipandu secara mengundur menyelusuri trafik di sana.
Sebagaimana cerita SUV di atas, kami tidak dapat memastikan apa masalah sebenar yang dihadapi oleh pemandu Proton Saga itu.