Dari segi penampilan, Vespa 75th menampilkan binaan badan keluli sepenuhnya dengan kemasan kuning metalik Giallo 75th yang menggambarkan warisan dan semangat cintakan fesyen stail Vespa era 1940-an.
Panel sisi dan mudguard hadapan pula diserikan dengan angka 75, dan elemen 'tali leher' di hadapan pula dilayangkan dengan warna opaque pyrite yellow.
Jentera Vespa edisi khas 75 tahun itu turut didatangkan dengan pelana balutan kulit nubuck berwarna smoke grey, rim berwarna kelabu dengan kemasan berlian, serta beberapa kemasan krom yang boleh didapati pada sesetengah tempat seperti lencana hadapan, perumah paparan meter, pelindung peredam, serta cermin sisi.
Sementara rak belakang pula menempatkan bag berbentuk bulat yang menyerupai pemegang tayar simpanan yang diperbuat daripada kulit nubuck velvety-soft, lengkap dengan pelindung kalis air, strap bahu dan klip untuk mekanisme quick-release.
Selain daripada itu, kesemua model Vespa 75th didatangkan dengan skrin TFT berwarna bersaiz 4.3 inci yang turut menyokong sambungan peranti pintar menerusi aplikasi Vespa MIA.