Vespa S125 dengan enjin i-Get kini dipasaran-RM12,600

oleh DIANA ISMADI|

 

Bersempena dengan pelancaran Naza Autofest hari ini, Naza Primera telah memperkenalkan satu lagi model baharu Vespa iaitu Vespa S 125 yang dikuasakan oleh enjin i-Get.

 

Model terbaru Vespa ini ditawarkan pada harga RM12,600 (termasuk GST) dan didatangkan dengan jaminan selama dua tahun.

vespa

Vespa S 125 i-Get ini dikuasakan oleh enjin satu silinder, empat lejang 125cc dengan sistem pancitan bahan api elektronik. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 10.2 hp pada 7,600 rpm dan tork 10.2Nm pada 6,000 rpm.

 

Roda bahagian hadapan didatangkan dengan rim 11 inci dan brek cakera 200mm. Bahagian belakang pula menggunakan rim 10 inci dan brek cakera 110mm.

vespa

 

Ruang simpanan barang di bawah tempat duduk boleh memuatkan dua helmet half-face dan sesuai untuk kegunaan di dalam bandar.

 

Terdapat empat warna pilihan iaitu “Verde Matt”, “Rosso Matt”, “Grigio Titanio” dan “Arancio Taormina”.

 

vespa

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Selama 25 tahun itu, Ducati telah menjual lebih dari suku juta unit Monster dan berjaya…
Berita Domestik
Harley-Davidson telah mengumumkan pagi tadi bahawa ia sedang mencari pengedar baharu untuk jenama…
Telah Diuji
Sebut sahaja jenama Korea, akan muncul haters-haters (pembenci) dengan alasan-alasan lapuk kenapa…