Vespa 1,200 km, kebas punggung tapi best!!

oleh DIANA ISMADI|
Masihkah anda ingat dengan Anita Yusof, perempuan Malaysia pertama yang keliling dunia seorang diri naik motosikal? Kemudian viral pula kisah pasangan yang menunggang kapcai, Honda RS150R dari Malaysia ke London! Orang Malaysia memang hebat, dan cukup berani untuk buat kerja gila. Careta yakin, Malaysia pasti boleh!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dee (penulis senior Careta) juga bercita-cita nak keliling dunia menunggang Vespa. Tapi sebelum nak tunaikan hajat besar ini, Dee nak kongsikan pengalaman pertama menunggang Vespa paling jauh yang Dee dah buat.

 

Baru-baru ini Naza Premira Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Piaggio di Malaysia yang merupakan sebahagian daripada ‘Naza World Group of Companies’, telah menganjurkan kembara “Vespa Mahsuri Adventure Ride 2017” yang disertai oleh para pencinta Vespa ke Pulau Langkawi.

 

Mahsuri Adventure Ride 2017

Konvoi yang bertemakan “beach ride” ini telah berlangsung selama empat hari tiga malam bermula 28 Oktober hingga 1 Oktober 2017.

 

Kali ini Dee telah mewakili Careta untuk turut serta dalam kembara sejauh lebih kurang 1,200 km yang ditaja penuh oleh Naza Premira dengan kerjasama Vespa Planet.

 

Vespa Mahsuri Adventure Ride 2017 (2269),

 

Bukan mudah bagi Dee yang tak biasa “ride” untuk jarak jauh….

 

Vespa Adventure Ride? 1,200 km? Bervespa pada malam hari? “Ride” di waktu-waktu orang lain sedang tidur nyenyak dibuai mimpi, tuhan saja yang tau! Dee terus terang habaq memang takut, ketaq lutut (maaf ya, loghat Kedah dah keluaq). Dah berkurun Dee tak “ride” untuk jarak jauh, jadi Dee berbisik pada diri sendiri, cekalkan hati, kuatkan semangat, doa banyak-banyak supaya semua selamat.

 

Dalam 42 orang peserta yang menyertai konvoi ini, terdapat empat orang penunggang wanita termasuk Dee.

 

Mahsuri Adventure Ride 2017

 

Rider kental bervespa tengah malam dengan lagak selamba….Dee dok menjerit dalam hati….Tulang rusuk dah bergegar!

 

Hari pertama-28 September

Kesemua peserta, Dee gelarkan mereka sebagai ‘rider kental’, telah berkumpul di R&R Rawang pada jam 12.00 am untuk sesi taklimat dan bacaan doa. Kami memulakan perjalanan pada jam 12.30 am menuju ke “checkpoint” yang pertama, R&R Tapah.

 

Mahsuri Adventure Ride 2017

 

Sebab menunggang skuter pada waktu malam dan jauh tak sangga, Dee dah mula jadi tak ketahuan hala. Memang dok gagah tahan mental dan fizikal. Menjerit dalam hati baq hang, bila lah nak sampai ni? (muka masa tu dah macam kain ronyok). Orang lain yang dah biasa “ride” jauh, memang depa dok selamba aja (jangan dok kecam Dee).

 

Tapi, makin lama “ride” Vespa ni, makin syiok! (Dee menunggang Vespa Primavera 150) Dee tak kisah pun…Walaupun ada rasa mengantuk dan sakit belakang, prestasi dan tahap kestabilan yang ditawarkan oleh jentera Vespa buat tulang rusuk Dee zzzzz bergetar. Jentera ini patut dipuji, terutamanya ketika berada pada kelajuan antara 90 hingga 110 km/j….selesa dan terbaik!

 

Mahsuri Adventure Ride 2017

 

Syukur sepanjang perjalanan tiada masalah yang berlaku. Keadaan lebuh raya yang semakin tenang memudahkan perjalanan kami. Kami sempat berhenti di beberapa R&R untuk melonggarkan tulang-tulang badan, mengosongkan pundi kencing serta mengisi petrol.

 

Seronok layan kona dengan Vespa Primavera 150, tapi bontotku dah kebas….

 

“Ride” meredah lebuh raya, mendaki dan menurun tak jadi masalah buat Dee. Dari sudut pengendalian, Vespa Primavera 150 ini masih boleh melayan selekoh dengan baik tetapi pada kelajuan sederhana.

 

Walaupun Vespa hanya sebuah skuter, tiada sebarang ragam ditunjukkan dan ia memang padu!

 

Mahsuri Adventure Ride 2017

 

Naik motor, jarak jauh dan kebas bontot memang tidak dapat dipisahkan, terima kasih pada tempat duduk Vespa yang lebaq dan empuk membuatkan Dee masih terus gagah bertahan.

 

Sampai sahaja di Jeti Kuala Perlis, dah terkelepok…

 

Tersengih sampai ke telinga lah Dee bila dah nampak bayang Kuala Perlis! Kami sampai di Jeti Kuala Perlis jam 12.30 pm dan mengangkut kesemua Vespa merentasi laut ke Pulau Langkawi menaiki feri Langkawi Roro.

 

Mahsuri Adventure Ride 2017

 

Dengan tidak sengaja, Dee merupakan peserta pertama sekali yang terkelepok dan terus padam tak sedarkan diri sebab dah penat sangat. Sementara peserta lain dok berseronok, Dee sudah selamat bermimpi indah sepanjang perjalanan ke Langkawi.

 

Mahsuri Adventure Ride 2017

 

Akibat terlajak seksi dari yang lain, saya diserang oleh peminat-peminat….

 

Hari kedua-29 September

 

Setelah puas berehat, kami menunggang ke Tanjung Rhu dan menjalankan aktiviti ‘mangroove di Langkawi. Walaupun hujan lebat di Langkawi, Dee tak risau. Selama hujan lebat dan “ride”, baju hujan Givi ini mampu membuatkan Dee kering di dalam.

 

Bila “ride” waktu matahari teruk, baju hujan Givi ini tak terasa panas pulak. Ajaib sebab selalunya baju hujan kalau pakai time hari kering, berkuap kat dalam! Magic sungguh baju hujan Givi ini.

 

Vespa Mahsuri Ride

 

Seronok betul “ride” di Langkawi, tempat yang penuh dengan kenangan manis buat Dee. Tunggang Vespa merata ceruk di Langkawi, pasti ada saja mata yang dok perhatikan jentera ini.

 

“Sewaktu berkonvoi di Langkawi, kami turut diserang oleh peminat-peminat Vespa yang tertanya-tanya dengan ketahanan dan kemampuan Vespa yang ditunggang dari Kuala Lumpur” kata salah seorang peserta yang dikenali sebagai Abang Misai (bukan Wak Doyok).

 

Vespa yang sememangnya lebih seksi dari skuter-skuter lain di luar sana sudah tentu dapat menarik perhatian ramai, jadi Abang Misai, tak hairanlah jika hangpa dikerumuni oleh peminat-peminat Vespa.

 

Mahsuri Adventure Ride 2017

 

Peserta yang bujang lebih bersemangat ketika ini…..

 

Hari ketiga-30 September

 

Hari ini peserta konvoi terutamanya yang bujang, lebih bersemangat untuk meneruskan “adventure ride” apabila kami disambut oleh empat gadis yang bervespa di Langkawi.

 

Mahsuri Adventure Ride 2017

 

Kami tidak melepaskan peluang ke lokasi-lokasi wajib lawat di Langkawi seperti menunggang ke Gunung Raya, “Cable Car” Langkawi, memborong coklat di Pekan Kuah dan kami sempat bergambar di Dataran Helang.

 

Puas hati betul dapat meronda satu pulau dengan Vespa!

 

Mahsuri Adventure Ride 2017

 

Penunggang Vespa semuanya baik hati, prihatin dan sentiasa membantu….

 

Hari perjalanan pulang-1 Oktober

 

Hari terakhir, dan kami dah nak pulang. Perasaan seronok bercampur seriau, cuak sekali lagi sekali nak “ride” jauh hingga ke Kuala Lumpur.

 

Sebelum memulakan “ride” pulang, rakan-rakan dari Careta dah kalud bertanyakan khabar Dee akibat terlampau risau akan keselamatan adik bongsu mereka ini.

 

Mahsuri Adventure Ride 2017

 

Dee masih ok dan bersemangat nak balik! Rakan-rakan konvoi semuanya prihatin dan sentiasa membantu sepanjang konvoi berlangsung.

 

Syukur, perjalanan pulang berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Setelah lebih kurang sembilan jam menunggang, akhirnya konvoi kami berakhir di R&R Sungai Buloh kira-kira jam 10.pm.

 

Satu perjalanan yang jauh bagi sebuah skuter yang kebiasaanya digunakan bagi kegunaan dalam bandar dan jarak sederhana. Tapi kami dapat buktikan perjalanan jarak jauh dengan Vespa tiada masalah!

 

Mahsuri Adventure Ride 2017

“Satu pengalaman yang berharga buat kami kerana dapat menyertai konvoi ke Langkawi bersama rakan-rakan. Program ini sebenarnya dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara pemilik vespa”……

 

“Saya berharap program ini dapat diteruskan setiap tahun dan pastinya saya akan menyertai acara konvoi bersama Naza di masa hadapan” kata peserta konvoi, Ikmal.

 

Mahsuri Adventure Ride 2017

Team Careta ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada Naza Premira, Vespa Planet serta rakan-rakan yang terlibat.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh…
Gaya Hidup
Cawangan di Johor Bahru itu merupakan MotoPlex kedua yang diuruskan oleh Goh Brothers Motorcycles…
Berita Global
Ia didatangkan dengan ruang storan yang agak besar di bahagian belakang yang mampu memuatkan…