Vector Motors jual prototaip kembar WX3 demi jana pendapatan untuk pembangunan hypercar serba baharu

oleh Mohamad Hanif|
Sekali imbas, supercar WX3 daripada Vector Motor ini lebih mirip kepada Ferrari F40 yang telah diberikan nafas baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hakikatnya, supercar kembar WX3 ini merupakan model prototaip yang tidak pernah sama sekali memasuki fasa produksi walaupun telah diperkenalkan kepada umum pada tahun 1988 (mungkin sekali pengaruh kuat daripada Ferrari F40) di Geneva Motor Show. 

 


Kini, kedua-dua supercar tersebut (coupe dan convertible) kini dibuka untuk jualan kepada umum bagi menampung kos produksi hypercar serba baharu daripada Vector Motors. 

Pada asalnya, setiap kereta dijual dengan tanda harga $850,000 (RM3.5 juta) setiap satu namun promosi yang dilakukan oleh Vector Motors menjadikan kedua-dua supercar tersebut boleh didapati serentak dengan hanya perlu membayar wang sejumlah $3.5 juta (RM14.4 juta). 

Spesifikasi kedua-dua supercar tersebut adalah serupa dengan nadi kuasa 1,000 bhp daripada enjin bentangan V8 twin-turbo sebelum kuasa disalurkan ke roda menerusi transmisi jenis sequential-shifting. 
 


Hasil daripada jualan kedua-dua supercar WX3 ini bakal disalurkan kepada produksi hypercar terbaharu WX8 dan pembeli akan ditawarkan pegangan saham di dalam syarikat baharu Vector Motors Corporation. 

Hypercar WX8 serba baharu itu dikatakan mampu menghamburkan kuasa setinggi 2,000 bhp dengan kelajuan maksimum dicatatkan sepantas 444 km/j. 

Untuk mereka yang berminat, boleh melayari Dupont Registry untuk maklumat lanjut.