Vauxhall Corsa-e, cantik dan digerakkan oleh kuasa bateri

oleh Muhammad Md Tajudin|
Satu jenama kereta yang kurang mendapat perhatian di negara kita ialah Vauxhall. Bukan apa, jenama ini tidak dipasarkan di negara kita dan tidak hairan mengapa ia berlaku.

Vauxhall adalah pengeluar kereta daripada Britain dan walaupun begitu dimiliki oleh Opel, syarikat kereta daripada Jerman. 

Opel pula sekarang ini dimiliki oleh Groupe PSA sejak dari tahun 2017. Itu pun baru sahaja beralih tangan kerana Vauxhall dan Opel berada di bawah General Motors sejak dari tahun 1927 lagi.

Walaupun Vauxhall tiada di negara kita, Opel pula sebaliknya dan ia bermula pada tahun 70 an. Namun jangka hayat Opel pula tidak lama dan operasi di pasaran tempatan dihentikan pada tahun 2003.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Vauxhall Corsa-e


Sebelum dihentikan, pengguna tempatan ditawarkan dengan pelbagai model seperti Kadet, Zafira, Astra, Vectra dan Frontera.

Vauxhall sebenarnya mempunyai banyak model menarik dan salah satu daripadanya ialah Corsa. Model hatchback ini pertama kali memasuki pasaran pada tahun 1983.

Corsa adalah model terlaris Vauxhall untuk satu tempoh yang lama, jualan di UK sejak tahun 1993 telah pun melebihi 2.1 juta unit. Di Eropah pula, jualan Corsa sudah melebihi 13.5 juta unit.

Apa yang membuatkan penulis tertarik untuk menulis artikel ini ialah apabila Vauxhall mendedahkan gambar awal model baharu Corsa-e. Model yang akan menemui pengguna di UK pada tahun ini memang menarik. 

 

Vauxhall Corsa-e


Satu lagi tarikan pada Corsa-e ialah kuasanya digerakkan oleh bateri dan motor elektrik. Corsa-e boleh dipandu sehingga 329.9 kilometer dengan sekali cas dan penambahan lagi 40 peratus jika menggunakan mod Eco.

Bateri 50 kWh Corsa-e berupaya dicas sehingga 80 peratus dalam masa 30 minit sahaja dipusat pengecasan pantas.

Dari segi kuasa, usah cerita kerana sistem elektrik membolehkan kereta dipandu secara tangkas. Daya pecutan 0 hingga 49 kilometer mengambil masa 2.8 saat dan 0 hingga 100 km/j dalam masa 8.1 saat. Output kuasa Corsa-e ialah 136 hp dan 260 Nm.

 

Vauxhall Corsa-e


Teknologi bantuan pemanduan Corsa-e turut canggih di antaranya ialah Pengesan Papan Tanda Jalan, Bantuan Pengekalan Laluan, Amaran Penukaran Laluan, Amaran Titik Buta Sisi dan Pengesan Lelapan (Mengantuk).

Apabila dipasarkan kelak, Vauxhall Corsa-e akan bersaing dengan EV lain seperti Nissan LEAF. Apa yang pasti ialah EV sekarang ini tidak mempunyai reka bentuk pelik dan tampil menarik seadanya.

Owh! Apakah rasanya memiliki kereta tanpa perlu mengisi minyak?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Vauxhall Corsa-e

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Rancangan Kumpulan PSA (Peugeot, Citroen, DS, Opel dan Vauxhall) untuk memulakan operasi kilang-…
Berita Global
Toyota Proace di Eropah bukanlah hasil pembangunan asli daripada Toyota, dan jika anda perhatikan…
Berita Global
  Peugeot mendahului dalam segment SUV di Eropah dengan angka jualan sebanyak 339,200 unit. Model…