Vaughn Gittin Jr tunjuk aksi di Litar Nurburgring dengan memandu sebuah Ford Raptor

oleh Mohamad Hanif|
Tentu ramai di antara kita yang mengenali Vaughn Gittin Jr, seorang pemandu aksi drift terkenal dengan jentera ikonik beliau Ford Mustang RTR.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, apa yang akan berlaku apabila beliau diletakkan di belakang stereng sebuah Ford Raptor di Litar Nurgburgring, yang terkenal dengan buruan catatan masa terpantas kebanyakan kereta sukan?
 


Klip video yang diterbitkan oleh divisyen perlumbaan Ford Performance di atas menunjukkan aksi beliau melakukan drift menggunakan sebuah Ford Raptor di litar tersebut. 

Dengan nadi kuasa bentangan V6 3.5 liter dibantu induksi desakan twin-turbo menghasilkan sejumlah 450 kuasa kuda dan 691 Nm kuasa tork, Vaughn dilihat mudah mengawal Ford Raptor tersebut di dalam keadaan pemanduan menyenget itu. 

Siapa sangka, trak pikap juga boleh mendatangkan senyuman kepada pemiliknya di sebalik imej kenderaan belasahan harian?

Berita Berkenaan

Kereta
    Tampan daripada XLT biasa   Daripada segi paras rupa, tidak ada banyak beza berbanding…
Model Terbaharu
Dianggap sebagai penanda aras baru bagi segmen pikap, Ranger Raptor dibina di atas platform F-150…
Berita Domestik
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) telah mengumumkan trak pikap Ford Ranger XL Standard kini telah…