Varian terbaharu Triton VGT dan Edisi Terhad ASX Adventure Diperkenalkan

oleh SALINA JALIL|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, secara rasminya memperkenalkan varian Mitsubishi Triton VGT baharu, Mitsubishi Triton VGT AT Premium dan edisi terhad Mitsubishi ASX Adventure hari ini.

Mitsubishi Motors mempunyai pengalaman yang luas dalam persaingan ralli dan menempah kejayaan dengan menakluki bidang yang paling sukar, Dakar Rally. Dengan rekod prestasi luar biasa, kemenangan sebanyak tujuh kali berturut-turut dan 12 kemenangan keseluruhan - ia membukti kekuatan dan ketahanan kenderaan Mitsubishi. Triton 'Rally Inspired' memberi tumpuan untuk memanfaat pelanggan dari segi pengendalian, prestasi dan keselamatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Triton VGT AT Premium adalah varian baru yang dimasukkan ke dalam model siri Triton. Triton VGT AT Premium dibuat untuk menampung mereka yang mempunyai gaya hidup aktif tetapi menginginkan trak pikap yang berpatutan untuk kegunaan harian. Triton VGT AT Premium mempunyai reka bentuk baru rim aloi 17", tempat duduk kulit dan kamera belakang beserta panduan dan berharga RM116,300.00.

Triton Adventure X pula dilengkapi dengan sport bar dan berharga RM126,990.00

Triton secara keseluruhannya mempunyai enam varian dan telah diberi harga menarik untuk memenuhi hasrat pelanggan:

No

Model dan varian

Harga Jualan termasuk GST dan tanpa insuran untuk Semenanjung Malaysia

Warranti

1

Triton VGT Adventure X

126,990.00

Kesemua varian Triton kecuali Triton Quest:

Lima tahun atau 200,000 km

 

 

Triton Quest: Lima tahun atau 100,000 km

2

Triton VGT AT Premium (New!)

116,300.00

3

Triton VGT AT GL (New!)

103,800.00

4

Triton VGT MT

107,600.00

5

Triton MT

93,920.00

6

Triton Quest

77,390.00

 

 

Triton didatangi dengan enjin turbodiesel MIVEC 2.4 liter yang memenangi anugerah terbaharu dengan teknologi Variable Valve Timing dan ditambah dengan Variable Geometry Turbo (VGT), ia menghasilkan kuasakuda yang kuat 181 PS dan tork 430 Nm. Kesemua model Triton diimport dari pusat pengeluaran global Mitsubishi Motors di Thailand.

 

imej 1

 

Dari segi keselamatan pula, Triton dilengkapi dengan tujuh beg udara SRS, Electronic Brake-force Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Active Stability with Traction Control dan Hill Start Assist (HSA) dan Trailer Stablity Assists untuk memastikan anda berasa yakin dan tenang semasa memandu.

Triton juga telah meraih tiga anugerah tahun ini iaitu dari DSF.my dan Allianz-Vehicle of the Year, Anugerah Pilihan Editor Editors Carsifu 2017 - Trak Pemilihan Terbaik dan Enjin Diesel Terbaik untuk tahun ini.

 

 

Edisi Terhad ASX Adventure:


ASX Adventure ini terhad kepada 60 unit sahaja, ia dilengkapi dengan bahagian luar yang lebih menarik seperti grill depan baru, hiasan bumper belakang baru, pintu sisi, hiasan fender dan rim aloi 18" yang baharu.  

ASX Adventure ini dilengkapi dengan signature Sporty Blue lining accents pada trim pintu, kerusi kulit, pedal aluminium serta kemasan corong penghawa dingin untuk kelihatan lebih sporti.

Model edisi terhad ini adalah 2WD dan direka untuk mereka yang mencari gaya hidup yang mencabar dan teguh. Pelanggan boleh memiliki edisi terhad ASX Adventure pada harga RM123, 988.00 dengan pakej jaminan lima tahun tanpa had pembatuan.

MMM menawarkan bonus tunai pelanggan sehingga RM11, 000 untuk varian ASX yang terpilih dan RM8, 000 untuk varian Triton yang terpilih untuk tempahan dan pendaftaran yang dibuat sebelum 31 Disember 2017.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…
Berita Domestik
Pembukaan pusat 3S baharu ini menjadikan jaringan pengedar Mitsubishi Motors bertambah kepada 59…
Berita Domestik
Kedua-dua pusat 3S ini dikendalikan oleh JM Auto Gallery dan membawakan identiti jenama global…