Varian baharu untuk S90 - T5, 245 hp/350 Nm, harga bermula dari RM339k

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Car Malaysia kini telah menambah penjualan varian baharu S90 T5 terhadap penawaran sedan kelas premium sedia ada iaitu S90 T8 Twin Engine, bagi memberikan lebih pilihan yang sesuai dengan jiwa pelanggan mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menggunakan teknologi inovatif Drive-E 2.0 liter berkuasa turbo, ia mampu menjana kuasa setinggi 254 kuasa kuda dan 350 Nm daya kilas maksimum, membolehkan S90 T5 memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.8 saat

S90 T5 masih mengekalkan ciri keselamatan City Safety yang ada pada S90 T8 termasuklah sistem pengesan terhadap pejalan kaki, penunggang basikal serta binatang besar, Run-off Road Mitigation with Road Edge Detection dan sistem pemantauan titik buta bersama Steer Assist.

Tidak dilupakan ciri Adaptive Cruise Control, amaran jarak serta ciri pemanduan semi-autonomi Pilot Assist yang mampu membantu pemanduan sehingga kelajuan 130 km/j. 
 


Bagi memastikan S90 T5 tidak dilihat sama seperti varian T8 Twin Engine, Volvo mendatangkan kemasan gril hadapan serba baharu, tip ekzos berbentuk bulat dengan kemasan krom, serta rim aloi diamond-cut 19 inci berwarna Matt Tech Black.

Volvo S90 T5 ditawarkan dengan enam warna eksklusif termasuklah Crystal White, Mussel Blue, Luminous Sand, Onyx Black, Bright Silver, dan Maple Brown. 

Harga jualan bagi varian baharu ini bermula dari RM338,888 atas jalan tanpa insurans.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Volvo Birthday Sale hanya akan berlangsung pada hujung minggu iaitu pada 26 hingga 28 April…
Berita Domestik
Acara tersebut menyaksikan 240 peserta terdiri daripada pemilik dan peminat Volvo sama-sama…
Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…