Varian baharu Toyota Innova 2.0X, Fortuner dan Hilux kini dibuka untuk tempahan

oleh DIANA ISMADI|

Toyota hari ini telahpun membuka tempahan untuk varian-varian baharu Toyota iaitu Innova 2.0X, Fortuner 2.4 VRZ 4X4 dan 4X2 serta Hilux baharu. Kesemua model ini dipasang di kilang UMW Toyota Motor, Shah Alam.

Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut;

  • Innova- bermula RM107,800
  • Fortuner- bermula RM169,800
  • Hilux- RM87,200

 

Toyota Innova

innova

Toyota Innova 2.0X kini datang dengan ciri-ciri tambahan seperti lampu LED, kemasan kulit di dalam kabin, kerusi pemandu boleh laras enam cara, “captain seat” pada baris kedua serta rim kini lebih besar.

Kesemua varian Innova telah mendapat penarafan lima bintang ASEAN NCAP. Ia dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti tujuh beg udara, Vehicle Stability Control (VSC), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), ABS dengan Electronic BrakeForce Distribution dan Brake Assist.

 

Toyota Fortuner

fortuner

Toyota Fortuner kini hadir dengan dua varian diesel baharu iaitu Fortuner 2.4 VRZ 4X4 dan 2.4 VRZ 4X2.

Sama seperti Fortuner 2.7 SR2 4X4, varian terbaru ini hadir dengan ciri tambahan baharu seperti lampu projektor bi-LED, Vehicle Stability Control (VSC), pendingin hawa automatik, tempat duduk balutan kulit, tujuh beg udara dan pintu belakang yang boleh dibuka dengan hanya menekan butang.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan lampu kabus LED, brek cakera belakang, Cruise Control dan Downhill Assist Control (DAC) *hanya untuk varian 4x4.

 

Toyota Hilux

Hilux

Toyota Hilux kini telah hadir dengan pendingin hawa automatik, port mengecas USB dan lubang pendingin hawa di bahagian tempat duduk penumpang belakang.

Varian Hilux 2.8G dan 2.4G AT kini dilengkapi dengan sistem Vehicle Stability Control (VSC), Hill Start Assist (HSA), dan Active Traction Control (A-TRC).

DAC pula kini telah dipadankan sebagai ciri standard bagi varian Hilux 2.8G.

UMW Toyota Motor turut menawarkan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan kecuali bagi model Hilux dengan had perbatuan 150,000 km (tertakluk kepada terma dan syarat).

Untuk membuat tempahan, sila ke bilik pameran Toyota seluruh negara. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari www.toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol Toyota di 1800-8 (869682).

 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebenarnya teknologi ini telah diwujudkan pada tahun 1999 dengan pengenalan spektrum 5.9 GHz yang…
Berita Global
Dua tahun lalu, kerajaan Indonesia memperkenalkan konsep LCGC atau Low Cost Green Car untuk…
Berita Global
Percaya atau tidak, genre SUV kompak sebenarnya dipopularkan oleh Toyota RAV4. Bermula dengan…