US mahu periksa isu beg udara tidak berfungsi

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

National Highway Traffic Safety Administration atau NHTSA, agensi kerajaan di US yang bertanggung-jawab akan keselamatan pengguna jalanraya di sana dan juga kualiti keselamatan dan homologasi kenderaan baharu yang dijual di US, sedang menyiasat tuduhan di mana beg udara tidak berfungsi semasa kemalangan.

Jenama-jenama dari Korea, Hyundai dan Kia menjadi suspek utama dan ia membabitkan penyiasatan yang mungkin memberi kesan terhadap lebih dari separuh juta kenderaan di negara itu.

Agensi itu telah membuat kenyataan bahawa mereka sedang menyiasat model-model Hyundai Sonata tahun 2011 dan 2012 serta Kia Forte tahun 2013 di pasaran US.

NHTSA berkata masalah tersebut mungkin berpunca dari litar pintas pada komputer kawalan beg udara. Komponen bermasalah itu dihasilkan oleh pembuat vendor ZF-TRW.

NHTSA sedang menyiasat jenama automotif mana lagi yang menggunakan komponen tersebut.

Hyundai dan Kia US telah pun mengaku masalah itu wujud dan Hyundai telah melakukan panggil semula untuk 155,000 Sonata di US dalam bulan Februari lalu. Kia masih belum bertindak tetapi dijangka akan mengumumkan sesuatu dalam masa terdekat.

Isu ini perlu diterangkan dengan baik kerana ada sesetengan kemalangan memang tidak akan menyebabkan beg udara itu berfungsi. 

Antaranya ialah pelanggaran yang tidak membabitkan kawasan badan kenderaan yang mempumyai sensor beg udara, atau pelanggaran yang tidak cukup kuat.

Hyundai dan Kia di Malaysia pastinya akan melakukan panggil semua jika wujud masalah tersebut. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuhraya (IIHS), agensi seperti NCAP untuk US kini berkata beg…
Informasi
Turutan dari kejadian kemalangan maut yang menimpa beberapa model kenderaan seluruh dunia,…
Berita Domestik
  Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) memanggil semula hampir 5,000 unit kenderaan di Malaysia untuk…