Untuk dijual: Jet MiG-29, tip-top jarang diguna

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ya, ini bukan berita automotif tetapi kami rasa tawaran ini patut dikongsi dengan pembaca Careta.

Seorang broker kapal terbang terpakai dari Florida, Raptor Aviation mahu menjual sebuah jet pejuang MiG-29UB.

Jet yang dibina dalam tahun 1986 itu digunakan di Ukraine. Ia jarang digunakan - hanya 818 jam. 

Servis 700 jam dilakukan oleh Lviv State Aircraft Repair Plant di Ukraine.

Dengan enjin Klimov RD-33 afterburner turbofan, jet dengan dua tempat duduk ini mampu terbang pada kelajuan 2.4 Mach dan pada paras ketinggian maksimum 60,000 kaki.

Dengan tangki penuh, ia boleh terbang sejauh 1,770 km, jauh lebih baik dari BMW 320D atau Perodua Bezza dengan penarafan EEV.

Sayang sekali, ia telah dibuang status ketenteraannya dan ini bermakna meriam automatik 30 mm Gryazev-Shipunov GSh 30-1 itu telah dibuang.

Harga yang diminta cuma US$4.65 juta atau RM19 juta sahaja.

Tidak dinyatakan samada helmet percuma akan diberikan. 

* Laporan asal dari Popular Mechanics