Unit Elit JPJ digantung sementara kerana siasatan kes pecah masuk pejabat Ketua Pengarah JPJ

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengesahkan bahawa penggantungan tugas aktiviti dan program untuk Unit Pasukan Tindakan Khas (PTK) JPJ adalah berkait rapat dengan kejadian pecah masuk pejabat Ketua Pengarah JPJ di ibu pejabat Putrajaya pada 13 Julai.

 

Kenyataan rasmi JPJ hari ini telah mengesahkan desas-desus yang Careta dengari bahawa terdapat kemelut dalaman dan tatacara tidak diduga pada minggu ketiga Julai yang berlaku di ibu pejabat JPJ melibatkan kumpulan Unit Elit JPJ.

 

Seramai tiga orang anggota Unit PTK telah ditahan polis bagi membantu siasatan terhadap kes pecah masuk ke pejabat Datuk Nadzri Siron pada minggu lepas.

 

Unit pengutkuasa elit JPJ ini telah ditubuhkan pada 1 Januari tahun lalu yang dibentuk khusus bagi mengesan dan menangani kegiatan agresif dan serius seperti tonto, penyeludupan kereta klon, banteras pelbagai sindiket tertentu kegiatan kenderaan komersil dan sebagainya.

 

Dengan kekuatan anggota sekitar 26 orang, Unit PTK telah menjalani latihan khusus termasuk penggunaan senjata api, kemahiran seni mempertahan diri dan mempertajam tugas intipan.

 

Ini juga menamatkan spekulasi bahawa penggantungan tugasan PTK JPJ adalah berkaitan dengan pendakwaan lalu lintas di mahkamah terhadap Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ Datuk Yusoff Ayob tiga hari yang lalu.

 

Arahan penggantungan tugasan Unit PTK telah dikeluarkan oleh Nadzri pada Isnin dan arahan tersebut berlaku pula pada minggu yang sama di mana Timbalan Ketua Pengarah JPJ dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan memotong menggunakan lorong kecemasan.

 

Untuk rekod, Yusoff Ayob telah didenda sebanyak RM600 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya di bawah Kaedah 53 (1) Peraturan Lalu Lintas 1959 di atas kesalahan Seksyen 119 (1) (c) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Datuk Yusoff Ayob

 

Menurut laporan akhbar theSun, Yusoff didakwa memandu kenderaan dengan nombor pendaftaran ‘BLY 68’ di lorong kecemasan di Lingkaran Putrajaya pada 6.27 petang pada Oktober 7 tahun lalu dan perbuatan tersebut telah dirakam oleh orang awam.

 

Penulis:Yusof Ismail

 

Gambar utama dari Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…
Informasi
VOC mula diperkenalkan pada 2016 oleh JPJ bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan atau…